• Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil belum berhasrat untuk angkat kaki dari Stadium Emirates sehingga kontrak permain berusia 31 tahun itu tamat bersama The Gunners.

 

  • Arsenal tidak akan menyambung tempoh pinjaman pemain tengah Real Madrid, Dani Ceballos sehingga musim EPL tamat. Malah tidak bercadang untuk menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai pemain The Gunners.

 

  • Moussa Dembele lebih ‘berminat’ untuk berhijrah ke Old Trafford meskipun Chelsea sedang berusaha untuk membawa pemain itu ke Stamford Bridge dengan nilai perpindahan £60m juta

 

 

  • Bekas Presiden Barcelona berminat untuk menduduki semula kerusi utama The Catalan dan bercadang untuk membawa semula Pep Guardiola ke Nou Camp

 

 

  • Manchester United boleh mendapatkan penyerang Benfica, Carlos Vinicius jika klausa perpindahan bernilai £88m juta berjaya dipenuhi

 

 

 

  • Pemain sayap Algeria, Riyad Mahrez pernah dipikat Liverpool sebelum beliau memutuskan untuk ke Manchester City dari Leicester City. Namun namanya diketepikan selepas The Reds berjaya mendapatkan Mohamed Salah dari AS Roma.

 

- Advertisement -