Temasya sukan Olimpik Tokyo yang melabuhkan tirainya pada 8 Ogos lalu tercemar apabila atlet dari Great Britain mengambil bahan terlarang.

Kuartet 4 x 100 meter, Chijindu Ujah atau CJ Ujah digantung selepas didapati melanggar peraturan anti doping kerana didapati positif menggunakan dua bahan yang berada dalam senarai bahan terlarang ketika.

Beliau antara pelari Great Britain bagi acara itu yang menyaksikan mereka menaiki podium selaku pemenang pingat perak. 

Situasi ini bakal menyaksikan pingat yang dimenangi dalam acara 4 x 100 meter itu bakal ditarik balik jika Ujah gagal untuk memberi alasan yang kukuh bagaimana bahan terlarang berada di dalam badannya.

Andai gagal, beliau akan berdepan penggantungan selama empat tahun dan kes skandal doping ini bakal menjadi sejrah hitam baharu buat Great Britain.

Pengesahan berhubung kes doping ini disahkan Unit Integriti Olahraga (AIU) Tokyo 2020 dimana ujian yang dijalankan ke atas Ujah mengandungi bahan terlarang iaitu Ostarine dan S-23

Dua bahan ini diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada kelas ubat baharu yang dikenali dengan selective androgen receptor modulators (Sarm).

Ostarine digunaka untuk merawat otot dan penyakit osteoporosis sementara S-23 menumpukan pertumbuhan dan penjagaan bahagian otot dan tisu pada tulang.

Badan yang melaksanakan ujian ke atas Ujah International Testing Agency (ITA) turut mengesahkan perkara ini.

Malah mereka turut mendedahkan tiga lagi atlet berdepan penggantungan Sadik Mikhou dari Bahrain yang mengambil bahagian dalam acara 1500 meter atlet lontar peluru Georgia, Benik Abramyan dan pelari pecut Kenya, Mark Otieno Odhiambo

 

- Advertisement -