ASM2015
ASM2015_2
Atlet Lompat kijang Negara, Muhammad Hakimi Ismail dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Memanah dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati MASUM 2015.
Kejayaan Hakimi memenamgi emas di Sukan SEA, Singapura dengan lom[patan 16.76 meter dan keempat pada penyertaaannya di Sukan Universiti Dunia, Gwuangju, Korea dilihat pencapaian terbaik buat jawatankuasa pemilih untuk memilih Hakimi selaku Olahragawan MASUM 2015.
Dia menewaskan empat lagi calon iaitu Muhammad Ashraf Haikal Rizal, Ping pong, Faiz Helmi Jali, Hoki Khairulnizam Mohd Affendy, Perahu Layar dan Muhammad Faizul M Nasir, Pencak Silat.
 
Saingan untuk anugerah Olahragawati MASUM dilihat lebih sengit.
Namun kejayaan Fatin Nurfatehah Mat Salleh  merangkul 3 emas di Sukan SEA serta kecemerlangannya membantu pasukan memanah Malaysia menduduki tangga keempat di Sukan Universiti Dunia, Gwuangju, Korea antara kelebihan buat Fatin untuk dinobatkan selaku Olahragawati MASUM 2015.
Calon lain untuk kategori ini termasuklah Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hong, Terjun, Fazira Mesnan, Bola Jaring dan Khairulneeta Mohd Affendy, Perahu Layar.
 
Olahragawan dan Olahragawati membawa pulang trophi, sijil dan wang tunai RM3000.
 
Bintang Harapan Lelaki pula dimenangi penembak muda Negara Mohamad Lutfi Othman. Pemilihan Lufti berdasarkan  kejayaannya memenangi dua emas di Kejohanan Menembak Grand Prix Antarabangsa H. H Amil of Kuwait dalam acara 50 meter Prone dan 50 meter 3 Posisi. Di Sukan Universiti Dunia, Gwuangju pula Lufti di kedudukan ke enam 50 meter Prone dan ke  34, 50 meter 3 Posisi.
 
Bintang Harapan Wanita pula diungguli pemain Boling Kebangsaan, Radin Nur Najwa Arifah Radin Zulfakar. Dia membantu pasukan Negara memenangi Gangsa di Kejohanan Tenpin Boling Asia dan menduduki tempat ke sepuluh Terbuka Malaysia. Radin Nur Najwa juga membawa pulang tiga emas, satu perak dan muncul Juara Master Kejohanan Boling MASUM 2015.
 
Bintang Harapan Lelaki dan Wanita menerima trophi, sijil an wang tunai RM1000.
 
Majlis Anugerah MASUM 2015 yang diadakan di Universiti Utara Malaysia turut memberi pengiktirafan kepada Pasukan Terbaik, Pengurus Terbaik, Jurulatih Terbaik selain mengenang jasa kepimpinan MASUM terdahulu melalui Anugerah Khas dan Sekalung Budi. Manakala Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia, SAM diangkat selaku Rakan Media MASUM.
 
Hadiah disampaikan Dato Norsabrina Mohd Noor, Exco Kerajaan Negeri Kedah mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Turut hadir Naib Canselor UUM, Dato Sri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Pengerusi MASUM Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said.
- Advertisement -