rio.olympics

Oleh Ku Mohd Lufti  

Majlis O­limpik Malaysia (MOM) belum meilhat isu penularan virus Zika di Brazil sebagai perkara yang membimbangkan.

Malah, bagi presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar masih optimis temasya sukan Olimpik di Rio de Janeiro akan berlangsung dalam keadaan selamat kerana tahu pihak penganjur akan mengambil langkah langkah penting dalam menangani .

Bagi Tan Sri Tunku Imran, rujukan MOM adalah daripada jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(IOC) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Jelas Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar, pihaknya akan mematuhi segala nasihat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung isu itu, selain yakin jawatankuasa penganjur telah mengambil langkah penting dalam menangani perkara tersebut.

“Kami akan dapatkan petunjuk dan nasihat daripada IOC dan WHO. Doktor bebas berkata apa yang mereka suka. Bagi saya, Brazil, khususnya Rio, akan mengatasi isu virus Zika ini.

“Nasihat saya, Rio mungkin dalam keadaan sangat, sangat sihat, tetapi bagi yang melakukan perjalanan ke luar daripada Rio, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga.” Kata Tan Sri Tunku Imran.

Namun, lain pula pendapat yang diutarakan Naib Presiden MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib yang meminta kajian secara terperinci terhadap kenyataan 150 saintis yang mengharapkan venue sukan Olimpik ditukar atau ditangguhkan.

Malah, kerisauan turut disuarakan pemain tenis wanita, Serena Williams yang juga pemenang pingat emas Olimpik.

Manakala, John Isner, Bernard Tomic dan Feliciano Lopez antara pemain pemain yang sah tidak akan beraksi di Olimpik Rio.

- Advertisement -