SHZ_1655

Pelumba senior beri amaran kepada rookie!

Menjelang Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Kangar, Perlis, minggu ini, pelumba senior memberi peringatan kepada rookie, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Hafiz Nor Azman agar menghentikan aksi merbahaya mereka sewaktu di litar.

Kedua-dua pelumba muda itu dilihat menunjukkan aksi merbahaya dan kurang semangat kesukanan sejak pusingan pertama kategori CP130 di Selangor dimana ketika itu Kasma (PETRONAS Yamaha Maju Motor) yang bermula dari petak pertama seakan sengaja menghalang dan menyebabkan Hafiz (Harian Metro Y-TEQ terjatuh sebaik perlumbaan akhir bermula sewaktu berjaya menjuarai perlumbaan tersebut.

Aksi serupa dilakukan Hafiz yang bertindak menghalang Kasma sewaktu pelumba dilepaskan pada perlumbaan akhir pusingan kedua di Batu Kawan tempoh hari.

Bimbang dengan kurangnya semangat kesukanan yang ditunjukkan kedua-duanya, rakan senior di dalam pasukan masing-masing memberi peringatan agar beraksi lebih matang dan mempunyai semangat kesukanan tinggi bagi menghadapi perlumbaan akan datang.

“Mereka seakan bermusuh dan saling berbalas tindakan, dan ini harus dihentikan segera! Ia bukan sahaja membahayakan mereka, malah pelumba lain. Di Batu Kawan, saya sendiri juga hampir menjadi mangsa sewaktu pelumba mula bersaing sebaik lampu merah dipadamkan,” jelas rakan sepasukan Kasma yang juga pendahulu keseluruhan CP130, Ahmad Fazli Sham.

“Kedua-dua mereka ini merupakan antara pelumba muda yang berbakat, jadi tindakan seperti itu tidak diperlukan untuk mereka memenangi perlumbaan. Sebagai pelumba senior, kami faham mereka masih muda dan kurang kesabaran memandangkan kami juga adakalanya berperasaan begitu sewaktu muda dahulu. Namun Kasma dan Hafiz perlu belajar untuk beraksi dengan lebih disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi, barulah mereka akan lebih disegani. Saya berharap permulaan yang begitu agresif dan merbahayakan seperti ini tidak lagi berlaku pada perlumbaan di Kangar dan pusingan akan datang.”

Sementara itu, pelumba senior Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Norizman Ismail berharap sebarang aksi yang dilihat boleh mendatangkan bahaya kepada pelumba dan melanggar peraturan perlumbaan perlu diambil tindakan tegas supaya ia tidak berlarutan.

“Kami harap steward AAM perlu mengambil tindakan lebih tegas bagi mengawal situasi ini. Jika perlu, kedua-duanya perlu dikenakan tindakan jika terbukti aksi seperti ini boleh mendatangkan bahaya kepada pelumba lain.”

Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Kangar, Perlis pada 30 April dan 1 Mei ini. Masuk adalah percuma.

 

STOP THAT NONSENSE! SENIOR RIDERS WARN KASMA AND HAFIZ

Only two rounds into the 2016 season of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship and the CP130cc senior riders are already tired of the ongoing spat between rookies Kasma Daniel Kasmayuddin and Hafiz Nor Azman.

The rivalry began in Round 1 when pole-sitter Kasma (PETRONAS Yamaha Maju Motor Racing) dove into Hafiz’s path at the start of the CP130 Final, causing the Harian Metro SCK Honda Racing rider to crash at the starting line. Kasma went on to win the season opener but bitter blood quickly developed between the two CP130 rookies.

Hafiz then retaliated with the same move in Round 2 at Batu Kawan when he lunged into Kasma while starting from pole.

Concerned that this unsportsmanlike behaviour will continue for the remaining season, the senior team mates of both riders have spoken up.

“This eye-for-an-eye type of racing needs to be stopped. Immediately! It endangers themselves as well as the other riders. In Batu Kawan, I was almost an unwitting victim to their race start shenanigans. Both Kasma and Hafiz are really talented and there is absolutely no reason for them to resort to such unsporting starts. As senior riders, we can understand that young blood can often be irrational. After all, we were young once too. But now both Kasma and Hafiz must learn to race in a disciplined fashion. Only then will they gain the respect of the grid. I hope that we won’t see this type of aggressive start in Kangar and the other coming races,” said Ahmad Fazli Sham of PETRONAS Yamaha Maju Motor.

Meanwhile, Harian Metro SCK Honda Racing’s Norizman Ismail is calling for sterner actions to nip this potential problem in the bud.

“We hope that the AAM stewards will step in to diffuse the situation. If necessary, both riders should be fined for endangering others on the grid.”

Round 3 of the 2016 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship will take place in Kangar, Perlis on April 30 and May 1, 2016. Spectator entry is free.

 

- Advertisement -