Kamaruzaman Kadir
Kamaruzaman Kadir, Setiausaha Kehormat PBBM

Oleh Ku Mohd Lufti

Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bina Badan Malaysia, PBBM memutuskan untuk mengekalkan hukuman penggantungan empat tahun ke atas jaguh bina badan negara, Sazali Samad.

Keputusan itu dimaklumkan Setiausaha Kehormat PBBM, Kamaruzaman Kadir menerusi satu kenyataan, hari ini.

“Selepas bermesyuarat dua kali dan meneliti segala bukti, mengambil kira segala fakta, penjelasan dan pendapat beberapa pihak, Jawatankuasa Rayuan PBBM memutuskan bahawa hukuman gantung empat tahun yang dijatuhkan sebelum ini dikekalkan. Mesyuarat pertama jawatankuasa itu pada 20 Januari lalu dan kedua pada 24 Mac, iaitu Khamis lalu,” katanya.

Sazali dijatuhi hukuman penggantungan daripada melibatkan diri dengan sukan bina badan selama empat tahun selepas didapati gagal dalam ujian doping yang dijalankan Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) pada 1 September tahun lalu. 

Hukuman itu berkuat kuasa 22 September lalu, iaitu tarikh keputusan ujian berkenaan.

- Advertisement -