IMG_7085
IIUM MUSTANG vs JALAK LENTENG

Oleh Ku Mohd Lufti

Lapan perlawanan Liga Hoki Selangor TNB QNET 2016 melibatkan perlawanan divisyen 3 A dan B serta Divisyen 5 A.

Saingan bagi jadual Divisyen 3 A menyaksikan penguasaan pasukan IIUM Mustang selaku pendahulu dengan rekod kemenangan 100 peratus dalam dua perlawanan.

IIUM memulakan saingan pada sabtu dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas River Blue K. Selangor sebelum berpesta gol ke atas wakil dari Negeri Sembilan, Jalak Lenteng 10-0.

12 gol dilakar tanpa bolos, IIUM Mustang mengumpul 6 mata, dua mata didepan dua pasukan Synergy HC dan Selayang B yang berkongsi 4 mata.

Selayang B dan Synergy HC terikat 1 sama sekaligus kedua dua pasukan gagal untuk mengekori rapat pendahulu Divisyen 3 A.

Sementara itu dalam saingan Divisyen 3 B diungguli Goodwood HC yang turut meraih kemenangan 100 peratus selepas mengharungi dua perlawanan.

Aksi kedua kumpulan, Goodwood HC melakar kemenangan selesa 4-0 keatas Synergy SIA untuk memberi tekanan ke atas pencabar terdekat yang berada di tangga kedua, Senil Solution HC yang kurang satu perlawanan.

Manakala Puchong HC bangkit daripada kekalahan pada perlawanan pertama apabila melakar kemenangan 3-1 ke atas IR HC.

Dalam saingan Divisyen 5 A melibatkan pasukan pasukan sekolah, SJI Warriors nyata mendominasi carta selepas melakar kemenangan kedua berturut turut, dengan menewaskan SM Bandar Seri Putra 13 -0

31 jaringan dilakar tanpa sebarang bolos, SJI Warriors bagaimanapun tidak berkeseorangan apabila diekori rapat SM Damansara Damai Senior yang turut mengekalkan kemenangan 100 peratus, untuk berkongsi 6 mata dengan SJI Warriors.

Aksi kedua, SM Damansara Damai melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Alam Shah Hockey Putrajaya.

Manakala Divisyen 5 B pula dikuasai Gerakan Belia 4b Puchong  yang meraih kemenangan sulung, menang besar 16-0  ke aras SM Damansara Damai Junior.

IMG_7024
SJI WARRIORS VS SM BDR SERI PUTRA
- Advertisement -