Mengimbau kembali kejayaan skuad bolasepak negara di pentas Sukan SEA 2011, Indonesia mengulangi sejarah yang dilakukan ketika Sukan SEA edisi 1977 dan 1979.

Tenang adalah kunci utama skuad yang dikendalikan Datuk Ong Kim Swe ketika itu dimana emosi naik ke puncak paling tinggi apatah lagi Indonesia yang sememangnya sangat menggilai bolasepak.

Mungkin inilah senjata rahsia yang dimiliki Sang Garuda ketika itu untuk menekan dan ‘menyeksa’ hingga mampu menundukkan Vietnam dipentas Separuh Akhir.

Namun cerita berbeza di kem Malaysia yang sentiasa tenang malah tidak memandang serius atau melayan satu per satu asakan psikologi tuan rumah dimana Gelora Bung Karno menjadi saksi pentas final dua seteru yang mencetuskan suasana tegang dan penuh emosi.

Dendam Sang Garuda memuncak ketika di peringkat kumpulan lagi apabila harapan untuk melihat Harimau Malaya tersungkur awal tidak menjadi kenyataan.

Thailand berjaya dijinakkan pada tanggal 9 November ditambah dengan kemenangan 1-0 ke atas Indonesia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di gelanggang keramat mereka ternyata menjadikan suasana yang cukup tegang.

Di pentas final, perang psikologi diberikan bertalu talu untuk kem Malaysia. Dengan penjadualan latihan yang terganggu ditambah dengan kelewatan ke stadium kerana kesesakan lalu lintas.

Namun, setiap cabaran dan provokasi yang mendatang dijadikan azimat kekuatan kerana pemain dan barisan kejurulatihan Ong Kim Swee tahu ia perlu dilunaskan di atas padang.

“Selain kerja keras yang telah diberikan, mental pemain juga menyumbang kepada kemenangan ini. Ia tidak mudah bermain di bawah keadaan sedemikian dan pemain pemain berjaya mengekalkan sehingga ke detik penentuan,”.

 

Memetik kembali komen Ong Kim Swee selepas perlawanan, semangat juang yang tinggi sehinggalah ke sepakan yang terakhir yang diambil oleh Badrol Bakhtiar untuk menoktahkan Harimau Malaya gah di bumi Sang Garuda.

Malah, keberanian Ong Kim Swee untuk menggunakan pemain pemain muda mengisi posisi tertentu wajar diberi pujian.

Mungkin pengalaman daripada sebahagian pemain yang telah beraksi di Piala AFF 2010 turut menjadi kekuatan Malaysia untuk turun mempertahankan ibu segala pingat di Sukan SEA sekaligus mempertahankan kejuaraan yang telah dilakar oleh Datuk K Rajagobal.

Dari satu aspek, Program Harimau Muda yang baru dilancarkan ketika itu sedikit sebanyak mendorong kepada kejayaan meraih pingat emas di pentas Sukan SEA meskipun mendapat reaksi negatif kerana kos yang tinggi.

Senarai pemain ke Sukan SEA 2011
Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izham Tarmizi Roslan

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohammad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Asraruddin Putra Omar, Muhammad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohamad Fandi Othman.

Tengah: Mohd Irfan Bin Fazail, Mohammad Nazmi Faiz Mansor, Gurusamy Govandar Kandasamy, Baddrol Bakhtiar, Yong Kuan Yong, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Abdul Shukor Jusoh.

Penyerang: A. Thamil Arasu, Ahmad Fakri Saarani, Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Farris Ramlan.

Penentuan Tempat ke 3 / 4 (Pingat Gangsa)

MYANMAR (4)  (1) VIETNAM 
GELORA BUNG KARNO

Final – Pingat Emas 

MALAYSIA (1)  (1) INDONESIA  

Malaysia menang menerusi penentuan penalti (4) (3)

 

- Advertisement -