UB130 Podium - P1 Norizman Ismail P2 Gupita Kresna P3 Sasitharen Sukumaran

Yuki Ito yang bergelut dengan masalah prestasi sepanjang dua pusingan lepas akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama musim 2015 dalam saingan SuperSports 600cc pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (FIM) yang berlangsung di Litar Suzuka, Jepun, hari ini. 

Pelumba PETRONAS Hong Leong Yamaha yang masih gagal meraih sebarang kedudukan podium pada musim ini akhirnya berjaya menamatkan penantiannya setelah mengungguli 13 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 32’16.873s.

Pelumba itu bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga ke pusingan ketujuh untuk berada di kedudukan pertama setelah pendahulu perlumbaan, Yuki Takahashi (Musashi Boon Siew Honda) terjatuh sekalipun selesa hampir dua saat berada di hadapan seterusnya membuka ruang buat Ito untuk mendahului perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

Tempat kedua menjadi milik Tomoyoshi Koyama (T Pro Yuzy Honda NTS) dengan masa 32’24.233s manakala Noriyuki Haga (Team Kagayama Suzuki Asia) menghadiahkan podium pertama buat pasukannya dan juga pengeluar Suzuki setelah menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dengan masa 32’25.549s.

“Kemenangan ini bukan sesuatu yang mudah untuk saya. Dari peringkat awal saya cuba mengekori di belakang Takahashi yang jelas begitu pantas di sini. Namun, pada pertengahan perlumbaan, saya hampir terjatuh namun masih berjaya mengekalkan kedudukan jentera dan menyebabkan saya sedikit ketinggalan kepada Takahashi. 

“Selepas itu saya hanya cuba untuk mengekalkan kedudukan di tempat kedua namun tanpa disangka, Takahashi terjatuh ketika berbaki enam pusingan sahaja lagi dan seterusnya saya berada di kedudukan pertama. Tidak mahu kejadian serupa yang menimpa Takahashi, saya cuba beraksi dengan selamat memandangkan Koyama dan Haga juga agak jauh di belakang. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan dan penaja di atas kemenangan ini,” jelas Ito.

Mengulas tentang perlumbaan kedua esok, Ito berkata, “Saya akan cuba memberikan terbaik seperti hari ini dan mudah-mudahan dapat sekali lagi menaiki podium.”

Saingan Asia Production 250cc menyaksikan pelumba Jepun, Takehiro Yamamoto menebus kekecewaan sekadar naib juara di Indonesia apabila berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk mengungguli perlumbaan dengan masa keseluruhan 22’03.084s.

Pelumba Trickstar Racing itu yang bermula dari petak pertama itu berjaya menewaskan duo AP Honda Racing Thailand, Nakarin Atiratphuvapat dan pendahulu keseluruhan ketika ini, Apiwat Wongthananon. Nakarin menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 22’04.553s manakala Apiwat ketiga, 22’05.316s

Bagaimanapun, gelaran naib juara Nakarin dibatalkan setelah pelumba itu didapai melakukan kesalahan salah laku ketika perlumbaan dan menyaksikan Apiwat naik ke tempat kedua manakala rakan sepasukan Yamamoto, Ryunosuke Hyodo naik ke tempat ketiga setelah menamatkan perlumbaan dengan masa 22’12.477s.

“Saya gembira dapat meraih kemenangan di sini, di halaman sendiri dan juga dihadapan penyokong-penyokong saya. Kemenangan ini bukan kemenangan mudah kerana saya diberikan saingan sengit khususnya dari duo pelumba Thailand, Nakarin dan Apiwat. Apa yang saya lakukan adalah untuk memastikan saya terus kekal mendahului perlumbaan sehingga ke garisan penamat. Saya sangat gembira dengan kemeanngan ini kerana dapat membantu saya merapatkan jurang dengan pendahulu. Mudah-mudahan saya dapat meraih satu lagi kemenangan pada perlumbaan kedua esok.”  

Dalam kategori Underbone 130cc, beraksi di litar basah memberi kelebihan buat Norizman Ismail apabila berjaya meraih kemenangan mudah setelah menamatkan enam pusingan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 18’33.199s.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu bersendirian ke garisan penamat, 11.353s dihadapan pencabar terdekat yang juga pendahulu keseluruhan, Gupita Kresna Wardhana (Manual Tech KYT Rextor) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 18’44.552s.

Sementara itu, Sasitharen Sukumaran (T Pro Yuzy Honda NTS) NTS meraih podium pertama dalam kelas Underbone 130cc setelah menamatkan perlumban di tempat ketiga degan masa 18’44.831s.

“Pasukan saya dapat menyediakan jentera dengan pelaraan terbaik untuk perlumbaan di litar basah, malah saya sendiri juga menggemari perlumbaan di litar basah kerana memberi banyak kelebihan kepada diri saya” jelas Norizman.

Mengulas lanjut,”Sewaktu bersaing sengit bersama-sama Ferlando Herdian (BKMS Indonesia Racing Team) sehingga dia terjatuh pada pertengahan perlumbaan, saya mengambil kesempatan tersebut untuk terus menjarakkan diri dengan pelumba di belakang sebelum terdapat beberapa lagi pelumba di belakang turut terjatuh sekaligus memberi kemenangan yang agak mudah kepada sya. Terima kasih pasukan dan semua yang terlibat membantu saya.’

Keputusan

SuperSports 600cc

Perlumbaan 1

1.Yuki Ito (Yamaha) 32’16.873s 2.Tomoyoshi Koyama (Honda) 32’24.233s 3.Noriyuki Haga (Suzuki) 32’25.549s 4.Dimas Ekky (Honda) 32’39.770s 5.Hazlanshah Mohd Noor (Kawasaki) 32’41.941s

 

Asia Production 250cc

Perlumbaan 1

1.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 22’03.084s 2.Apiwat Wongthananon (Honda) 22’05.316s 3.Ryunosuke Hyodo (Kawasaki) 22’12.477s 4.Gilang Hendra (Yamaha) 22’34.721s 5.Ayumu Tanaka (Yamaha) 22’40.578s

 

Underbone 130cc

Perlumbaan 1

1.Norizman Ismail (Honda) 18’33.199s 2.Gupita Kresna (Kawasaki) 18’44.552s 3.Sasitharen Sukumaran (Honda) 18’44.831s 4.Fareez Afeez (Yamaha) 18’56.788s 5.Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha) 19’04.996s

SS600 Race 1 at the Suzuka Circuit 

YUKI ITO WINS WET AND WILD SUPERSPORTS RACE AT SUZUKA

Yamaha’s Yuki Ito won SuperSports 600cc Race 1 in the rain-hit Japanese round of the FIM Asia Road Racing Championship while poleman Yuki Takahashi crashed out at the complex Suzuka Circuit, Japan on Saturday.

The PETRONAS Hong Leong Yamaha rider led the field across the finish line in 32’16.873s, negotiating precarious track conditions that steadily worsened throughout the 13-lap race.

Ito however had to wait until lap-7 to take command of the race from Yuki Takahashi (Musashi Boon Siew Honda Racing) who lost control of his bike and crashed into the gravel bed in lap-7.

Tomoyoshi Koyama (T.Pro Yuzy Honda NTS) completed the race second with 32’24.233s ahead of Noriyuki Haga (Team Kagayama Suzuki ASIA) in third place, 32’25.549s, making it an all Japanese affair.

“I am very happy to win here because the first two rounds this season havent been going so well. However, this win did not come easy because I struggled from the start. I could not keep the pace with Takahashi and almost crashed midway through the race. At that point I was about two seconds behind and thought that there was no way I could win,” said Ito.

“To to my surprise, Takahashi retired with six laps remaining. I took a safe approach and maintained a steady pace without taking much risk because behind, Koyama and Haga were gaining on me. Thank you to the team for giving me a good setup. Hopefully we can secure another win for Race 2 tomorrow,” he added.

Separately Takehiro Yamamoto continues to assert dominance at his home track after he took a commanding victory in the Asia Production 250cc.

Takehiro who last won in Malaysia was challenged by AP Honda Racing Thailand duo, Nakarin Athiratphuvapat and Apiwat Wongthananon in the early parts but his experience racing in the wet at Suzuka paid off as he steadily pulled a gap over his rivals.

The Trickstar Racing rider eventually wrapped up the 8-lap race in 22’05.316s ahead of the Thai riders. 

Race Direction however later disqualified Nakarin’s result after he was found guilty of a dangerous maneuver in the opening lap, moving Apiwat who timed 22’05.316s to second while Takehiro’s teammate, Ryunosuke Hyodo was promoted to third with 22’12.477s.

Lastly Norizman Ismail did everything right to win a frantic Underbone 130cc battle that saw a lot of riders retire due to slippery track surface.

The Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing rider was seen going neck-to-neck with Ferlando Herdian (BKMS Indonesia Racing Team) at the start of the race before the latter crashed out.

With his closest rival out of the picture, Norizman rode a lonely but consistent race, crossing the finish line in 18’33.199s.

Meanwhile poleman, Gupita Kresna (Manual Tech KYT Rextor) finished second after overtaking Sasitharen Sukumaran (T.Pro Yuzy Honda NTS) at the last turn. Both riders completed the race in 18’44.552s and 18’44.831s.

 

Results

SuperSports 600cc

Race 1

1.Yuki Ito (Yamaha) 32’16.873s 2.Tomoyoshi Koyama (Honda) 32’24.233s 3.Noriyuki Haga (Suzuki) 32’25.549s 4.Dimas Ekky (Honda) 32’39.770s 5.Hazlanshah Mohd Noor (Kawasaki) 32’41.941s

 

Asia Production 250cc

Race 1

1.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 22’03.084s 2.Apiwat Wongthananon (Honda) 22’05.316s 3.Ryunosuke Hyodo (Kawasaki) 22’12.477s 4.Gilang Hendra (Yamaha) 22’34.721s 5.Ayumu Tanaka (Yamaha) 22’40.578s

 

Underbone 130cc

Race 1

1.Norizman Ismail (Honda) 18’33.199s 2.Gupita Kresna (Kawasaki) 18’44.552s 3.Sasitharen Sukumaran (Honda) 18’44.831s 4.Fareez Afeez (Yamaha) 18’56.788s 5.Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha) 19’04.996s

- Advertisement -