Pasukan Liga Malaysia 2021 berpuas hati dengan perkongsian daripada J.League menerusi Webinar berkenaan kaedah mereka mengendalikan liga dalam tempoh pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Ekesekutif Sri Pahang FC, Datuk Suffian Awang yang turut sama menyertai seminar itu hari ini berpendapat, apa yang telah dilaksanakan oleh J. League daripada aspek Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika latihan dan perlawanan tidak jauh bezanya dengan apa yang telah dilakukan oleh pasukan Liga Malaysia ketika ini.

Jelasnya, J.League telah menjalankan tugas dengan cukup baik terutamanya daripada segi disipilin oleh semua pasukan bagi memastikan kelancaran liga dan itu yang perlu dicontohi oleh pasukan Liga Malaysia bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

ā€œBagi saya, seminar yang dianjurkan tadi cukup bagus kerana perkongsian mengenai kaedah mereka mengadakan perlawanan dan latihan oleh J.League dapat kita lihat cukup jelas dan daripada segi aturannya juga lebih kurang sama dengan apa yang MFL (Malaysian Football League) buat.

ā€œSoalan saya tadi lebih kepada berkenaan vaksinasi di mana kalau kita tengok kebanyakan kelab Liga Super di sini sudah mendapatkan vaksin, tetapi di Jepun, selain vaksin, mereka lebih mengutamakan kepada disiplin kepada SOP.

ā€œJadi, kunci dia adalah pastikan semua pasukan memperoleh vaksin dan disiplin juga cukup penting untuk kita lebih senang nak adakan perlawanan dan latihan selepas ini kerana kalau kita tengok latihan secara based camp sekarang memang memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

ā€œJadi, perkara-perkara sebegitu yang kita bincangkan untuk menangani perkara iniā€, jelasnya.

Webinar yang berlangsung hampir dua jam itu dihadiri oleh Pengurus Besar J.League Inc. Takeyuki Oya, Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaikh Mohd serta wakil kelab Liga Super dan Liga Premier.

Selain itu, Ketua Pegawai Teknikal Terengganu FC, Mohd Syahrizan Mohd Zain pula berpendapat perkongsian yang dibuat juga turut menyentuh bagaimana mereka boleh menyakinkan pihak-pihak tertentu bagi memastikan sukan bola sepak akan terus berlangsung dalam tempoh pandemik ketika ini.

Sepertimana yang dilakukan oleh J.League, mereka berjaya membuktikan bahawa pasukan-pasukan yang bertanding mampu menjaga segala SOP dengan ketat agar mereka tidak berdepan masalah meneruskan perlawanan dan latihan dengan lancar.

ā€œApa yang telah dikongsikan oleh pihak J.League sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita untuk kita serapkan kepada kelab sendiri dalam menempuh pandemik ini.

ā€œDaripada segi penjagaan SOP, mereka di sana sangat berdisiplin dan kalau sebelum ini perlawanan tanpa penonton, mereka juga sudah ada penonton, dan sama seperti kita, diharapkan nanti liga bersambung, kita akan memerlukan penonton juga.

ā€œCuma, mungkin kita perlu tahu bagaimana untuk menyakinkan pihak tertentu seperti KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk kita dapat teruskan lagi pertandingan dengan lebih baik kerana setahu saya setakat ini, kluster bola sepak masih tiada sejak bermulanya pandemik ini,ā€ katanya.

Ketua Pegawai Ekesekutif PDRM FC, ASP Mohamad Hafiz Zainal Abidin pula berharap seminar seperti ini dapat diteruskan lagi kerana segala perkongsian dan pendedahan yang diberikan membantu mengembangkan lagi idea untuk memastikan kestabilan sesebuah kelab dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

ā€œBanyak langkah yang kita boleh fikirkan atas kepentingan bersama kelab dan juga penganjur liga selain banyak juga pendedahan yang diberi menyentuh kepada bagaimana untuk kita menjana pendapatan.

ā€œDalam situasi sebegini, perbelanjaan pasukan sangat penting dan apabila kita sudah diswastakan, kita tahu kita perlu lebih bijak untuk mencari duit dan itu yang turut dikongsikan oleh pihak J.League.

ā€œJadi, kami akan sentiasa berhubungan untuk mereka boleh beri kita lebih banyak pendedahan mengenai kaedah pemasaran yang lebih baik untuk membantu kelab, dan saya sokong langkah MFL ini yang mengadakan perbincangan atas talian bersama mereka, dan kalau boleh mungkin kita boleh luaskan lagi perbincangan iniā€, katanya.

- Advertisement -