Wanita yang didakwa menyebabkan kemalangan puluhan penunggang basikal semasa Peringkat Pertama Tour de France telah dikenal pasti dan sedang disoal siasat polis.

Kemalangan itu berlaku 45 kilometer dari akhir perlumbaan Peringkat Pertama pada hari Sabtu – dari Brest ke Landerneau – ketika seorang penonton wanita di pinggir jalan mengangkat tanda besar.

Menurut liputan video perlumbaan mengenai kejadian itu, tanda itu terkena pelumba dari Jerman, Tony Martin yang menyebabkan kemalangan puluhan penunggang di belakangnya.

Penunggang basikal jatuh secara beramai-ramai dan kemalangan itu menyebabkan basikal dan badan terjerat di jalan. Kejatuhan itu berlangsung selama beberapa minit.

Pihak Polis dari Wilayah Finistere telah mengemukakan rayuan di Facebook untuk mengesan penonton terbabit.

Wanita itu boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun dan denda US35,000 menurut Pejabat Pendakwaraya Brest. – Oleh Akira Wong

- Advertisement -