Oleh Ku Mohd Lufti

Bekas pemain kebangsaan, Joseph Kallang Tie mensasarkan untuk memastikan namanya antara yang tersenarai selaku penjaring bagi pasukan Pahang sepanjang muism Liga Malaysia 2017.

Pemain kelahiran Miri itu kini menyarung jersi Pahang selepas berkhidmat selama semusim bersama Terengganu.

Kelebihan pemain berusia 29 tahun ini yang mampu meledak jaringan dari jarak jauh seringkali menggerunkan pasukan lawan dan ia dilihat sebagai salah satu asset penting yang diperlukan Dollah Salleh untuk mencari mata dalam setiap perlawanan.

Musim lalu, Pahang sekadar menamatkan saingan ditempat ke Sembilan dengan 24 mata berjaya dikumpul.

“Saya turut meletakkan cabaran kepada diri sendiri bagi membantu skuad Tok Gajah ini untuk kembali digeruni sehingga berjaya menjulang kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini.

Prestasi terbaik Joseph adalah ketika bersama Sarawak semala dua musim bermula 2006 dimana beliau meledak 17 gol dalam 31 penampilan sebelum berhijrah ke Terengganu.

Pahang akan memulakan saingan Liga Super musim 2017 berdepan Perak digelanggang lawan dalam misi memburu 3 mata pertama.

Tambahnya lagi, cabaran yang dipikul untuk berhijrah ke pasukan lain sentiasa ada, namun ia tidak dianggap sebagai tekanan.

Bagi Joseph, kerjasama dan berusaha untuk meminima kesilapan sepanjang 90 minit permainan antara kunci kepada kejayaan sekaligus meraih kemenangan.

- Advertisement -