Persaingan untuk merebut dua kelompok teratas Divisyen 2 kejohanan badminton Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terjawab hari ini.

Selepas tamat dua hari kejohanan, Leong Jun Hao dan Lim Chong King terus mendominasi kelompok dua teratas Divisyen 2 sekaligus sah akan beraksi di Divisyen utama yang akan bermula dari 11 Ogos depan.

Kedua dua pemain berkongsi 4 mata selepas cemerlang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua empat perlawanan yang telah diharungi setakat ini.

Leong Jun Hao meraih kemenangan ketiga pada sesi pagi selepas melakar kemenangan ke atas Wyman Goh dalam aksi tiga set 20-22, 21-12, 21-17 sebelum mengesahkan slot ke Divisyen utama dengan menundukkan Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar straight set 21-14, 21-18.

 

ā€œPermainan saya lebih baik pada hari ini berbanding semalam. Matlamat saya dalah untuk ke Divisyen 1 dan fokus satu per satu.

ā€œSaingan Divisyen 1 lebih sengit dan saya perlu perbaiki lagi kelemahan kelemahan yang ada seperti fokus di dalam gelanggang,ā€ kata Jun Hao.

Seteru Jun Hao, Chong King pula tidak banyak memikirkan tentang misi untuk merampas kedudukan teratas Divisyen 2.

Sebaliknya beliau hanya mahu layak ke Divisyen 1 dan mencari momentum yang terbaik ketika di gelanggang.

ā€œKita tahu kesemua pemain keletihan tetapi saya merasakan permainan yang lebih baik dan kelajuan semakin bertambah terutama di mata mata penting.

ā€œSaya lega dapat semula momentum permainan selepas bermain empat perlawanan dan tidak perlu untuk merasakan sebarang tekanan ketika bermain,ā€ kata Chong King yang bangkit daripada kekalahan diset pertama sekaligus melakar kemenangan ke atas Ter Chun Long 19-21, 21-16, 21-13 di sebelah pagi.

Beliau sekali lagi dipaksa bekerja keras ketika menentang Wyman Goh sebelum memastikan kemenangan 21-16, 22-20 untuk berada di tangga kedua selepas empat perlawanan.

Chong King dan Jun Hao akan bertemu bagi penentuan tempat pertama dan kedua petang esok sekaligus melengkapkan jadual perlawanan Divisyen 2.

Dalam pada itu, Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar menghuni tangga ketiga dengan empat mata.

Hari kedua, Shaqeem menang ke atas Low Eu Cong 21-15, 2118-21, 21-12 pada perlawanan yang berlangsung disebelah pagi namun tewas ditangan Leong Jun Hao pada perlawanan sesi petang.Ā 

Wyman Goh menghuni tangga keempat dengan dua mata manakala Low Eu Cong dan Ter Chun Long masing masing berada di kedudukan kelima dan keenam.

Kejohanan Badminton Jemputan BAM 2020 merupakan kejohanan anjuran BAM selepas empat bulan tanpa sebarang pertandingan kompetitif susulan pandemic Covid 19 yang akan berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Kejohanan berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit KiaraĀ  secara tertutup tanpa kehadiran penyokong menggunakan format pertandingan ā€˜round robinā€™ dijalankan secara tertutup dan dibahagi kepada dua peringkat.

Bagi peringkat 1, pertandiongan akan berlangsung dari 5 ā€“ 7 Ogos melibatkan enam pemain simpanan yang akan bersaing merebut dua kelompok teratas sekaligus bakal beraksi di divisyen utama.

Divisyen 1 pula akan bermula dari 11 ā€“ 16 Ogos dibahagi kepada lima kategori dan akan disertai 52 pemain senior termasuk lapan pemain profesional.

 

Keputusan perlawanan ā€“ Divisyen 2

Sesi pagiĀ 

Leong Jun Hao – Wyman Goh (20-22, 21-12, 21-17)

Lim Chong King – Ter Chun Long (19-21, 21-16, 21-13)

Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar – Low Eu Cong Ā (21-15, 18-21, 21-12)

 

Sesi petangĀ 

Lim Chong King – Wyman Goh (21-16, 22-20)

Leong Jun Hao – Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar (21-14, 21-18)

Low Eu Cong – Ter Chun Long (21-11, 21-18)

- Advertisement -