Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih perlu meneliti beberapa perkara terutama SOP kehadiran penyokong ke venue sukan dan rekreasi melibatkan kawasan fasa empatr Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menerusi kenyataan KBS yang memaklumkan bahawa penangguhan itu bagi membolehkan perincian semula Protokol Am Pengurusan Penonton/ Penyokong dilaksanakan dengan mengambil kira penilaian risiko semasa.

“KBS telah membentangkan cadangan kehadiran penonton/penyokong ke venue bagi pertimbangan kerajaan melibatkan kawasan di bawah PPN fasa dua dan tiga.

“Susulan itu, Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 Selasa dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada Rabu memutuskan agar KBS memperincikan Protokol Am itu dengan penelitian terhadap beberapa aspek dengan mengambil kira input dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM),”menurut KBS.

KBS terus komited untuk memastikan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi dilakukan dengan teliti seiring dengan keperluan kesihatan awam.

Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan sebelum mengharapkan kerajaan membenarkan penyokong ke stadium bagi saingan Piala Malaysia musim ini yang memasuki ulang tahun ke-100.

- Advertisement -