Kelantan United (KUFC) terus menggunakan ruang masa yang ada untuk melakukan persiapan sebelum saingan Piala Malaysia bermula pada November depan.
Pengendalinya, Nazrulerwan Makmor menjelaskan kelemahan yang dapat dilihat ketika beraksi di saingan Liga Premier perlu diperbaiki memandangkan saingan Piala Malaysia akan bersifat lebih kompetitif.
Pasukan pasukan yang lebih hebat terutama dari Liga Super pastinya akan turun menggempur kubu KUFC untuk mencari kemenangan sekaligus mara ke peringkat seterusnya.
Justeru, bagi Nazrulerwan, tempoh masa yang ada ketika ini mahu dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk mencongak strategi selain memastikan pemain pemain yang mengalami kecederaan sembuh dan bersedia untuk diturunkan.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memutuskan untuk meminda Piala Malaysia kepada 6 November berbanding 25 Oktober selaras dengan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya susulan peningkatan kes positif Covid 19.
11 pasukan terbaik Liga Super dan lima dari Liga Premier akan berentap di Piala Malaysia 2020 dimana pertandingan kali ini menggunakan format pusingan kalah mati.