Badan induk badminton dunia, (BWF) mengumumkan mata kelayakan untuk Olimpik Tokyo 2020 hanya akan bermula dari minggu pertama sehingga minggu ke 17 tahun 2021.

Kejohanan akan dipilih termasuk yang berdepan penundaan mahupun yang telah dibatalkan sebelum ini susulan wabak Covid 19.

Menerusi kenyataan media, BWF turut memaklumkan, kejohanan yang akan berlangsung sepanjang 2020 tidak akan dikira dalam mata kelayakan ke Tokyo 2020.

Pemain pemain dari China dan Hong Kong layak meraih mata daripada Kejohanan Berpasukan Asia 2021 selaku wakil benua Asia meskipun tidak dibenarkan masuk oleh kerajaan Filipina ke negara itu susulan Covid 19.

“Pendekatan ini hanya untuk kejohanan berpasukan ini sahaja yang terjejas akibat COVID-19 memandangkan tiada kejohanan berpasukan lain tersenarai di bawah tempoh kelayakan Olimpik lanjutan,” katanya.

Tarikh baharu kejohanan akan diumumkan kelak, katanya. 

 

 

- Advertisement -