• Liverpool berminat untuk mendapatkan pemain sayap Wolves, Adama Traore dan Pengurus The Reds, Jurgen Klopp telah menghubungi pemain berusia 24 itu secara peribadi untuk menyatakan hasratnya.

 

 

 

  • Odion Ighalo telah menghubungi kelabnya, Shanghai Shenhua untuk melanjutkan tempoh pinjamannya di Manchester United. Kontrak pinjaman pemain berusia 30 tahun itu akan tamat pada penghujung musim ini.

 

 

  • David Luiz mungkin tidak lagi diperlukan di Stadium Emirates selepas kontraknya dikhabarkan tidak akan disambung, malah tiada perbincangan melibatkan kedua dua pihak berlaku setakat ini.

 

  • Liverpool hanya akan membayar £30 juta dan tidak akan memenuhi permintaan RB Leipzig yang meletakkan £50 juta untuk melepaskan penyerangnya, Timo Werner daripada kelab itu.

 

 

Pengurusan Liga Perdana Inggeris dimaklumkan saingan musim ini mungkin akan tamat sekitar tempoh enam minggu jika proses penyambungan semula liga berjalan dengan lancar.

 

  • Newcastle United telah memulakan proses rundingan untuk mendapatkan pemain tengah Barcelona, Philippe Coutinho selepas Bayern Munich memutuskan tidak akan mengambil pemain berusia 28 tahun itu secara tetap ke Allianz Arena.

 

  • The Magpies juga berhasrat untuk mendapatkan Xherdan Shaqiri dan diletak sebagai salah satu sasaran utama kelab itu. Shaqiri hanya membuat 10 penampilan bersama Liverpool sepanjang musim ini.

 

 

  • Proses ambil alih melibatkan Newcastle United dan jutawan dari Arab Saudi ‘goyah’ selepas mendapati England merupakan ‘ketua’ dalam melaksanakan siaran langsung dan ‘live stream’ secara haram dan tidak sah dalam arena sukan.

 

 

  • Pemain tengah Chelsea, Willian, menjadi sasaran Arsenal dan Tottenham Hotspurs susulan kontrak pemain berusia 31 tahun itu akan tamat pada penghujung Jun ini.

 

 

  • The Gunners dan Spurs juga sedang berusaha untuk mendapatkan pemain tengah Liverpool, Adam Lallana. Dua lagi kelab, Burnley dan Leicester City juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain berusia 32 tahun itu.

 

 

Juventus dilaporkan ‘angkat bendera putih’ dalam usaha mereka untuk mendapatkan semula pemain tengah Perancis, Paul Pogba

 

 

- Advertisement -