doping-control

Oleh Ku Mohd Lufti

Sampel B air kencing dua pemain bola sepak tempatan yang gagal dalam ujian doping sebelum ini telah dihantar ke makmal New Delhi, India.

Keputusan ujian tersebut akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebarang hukuman terhadap kedua-dua pemain itu akan ditentukan sebaik menerima keputusan tersebut.

“Biasanya secepat mungkin biasanya bila dia minta B sampel dia akan buat dalam tempoh masa terdekat sebab kita tak nak benda ni dilewatkan perlu disahkan oleh persatuan sukan keputusan disahkan oleh persatuan sukan baru saya boleh buat komen,” kata Khairy.

Dua pemain masing masing dari pasukan Perak dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) gagal dalam ujian doping 4 Mei lalu selepas ujian air kencing yang dilakukan mengandungi bahan terlarang.

Kedua dua pemain digantung serta merta daripada oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)sehingga keputusan ujian sampel B dikeluarkan.

- Advertisement -