lin.dan.1

Oleh Ku Mohd Lufti

Menghuni status nombor satu dunia pastinya menyuntik semangat pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dalam misi ke Rio Ogos nanti.

Malah, pencapaian ini dianggap sebagai suntikan moral untuk menambahkan keyakinan Datuk Lee Chong Wei dalam misi memburu pingat emas pertama di Sukan Olimpik.

“Sekarang sudah kembali ke ranking nombor satu dunia, saya puas hati dengan prestasi selepas penggantungan selama lapan bulan, ranking nombor satu dunia hanyalah nombor sahaja kerana pernah berada di kedudukan itu selama enam tahun sebelum ini.

“Sasaran saya adalah menghuni tangga empat terbaik dunia sebelum temasya sukan olimpik bermula,tetapi tidak menyangka dapat semula kedudukan nombor satu dunia.”Kata Chong Wei.

Namun, bukan ranking yang menjadi keutamaan Chong Wei ketika temasya Sukan Olimpik hanya berbaki kurang dua bulan untuk bermula, tetapi seteru utamanya dari China, Lin Dan.

Pemain ranking ketiga dunia itu masih lagi dilabel sebagai penghalang buat Chong Wei dalam misi meraih pingat emas pertama.

“Bukan sahaja Lin Dan, tetapi Chen Long juga merupakan ancaman saya di Rio nanti, tetapi Lin Dan bukan sahaja di Brazil malah di kejohanan kejohanan utama.

“ Mereka mungkin tewas di kejohanan Premier Super Series, tetapi boleh menang dikejohanan besar yang lain. Tewas di kejohanan besar bukan kerisauan utama kerana kejohanan yang sama akan berlansung lagi selepas itu.

Tetapi Olimpik hanya datang empat tahun sekali, keadaan fizikal dan ,mental pemain pemain pastinya berbeza,” katanya lagi.   

Lin Dan menafikan Chong Wei sebanyak dua kali dalam penampilan di Olimpik dengan hanya mampu meraih pingat perak selepas dikecewakan di Beijing (2008) dan London (2012).

Malah, Chong wei juga tidak boleh melupakan saingan yang mungkin datang daripada pemain lain seperti, Jan O Jorgensen, Viktor Axelsen, K Srikanth, dan Tommy Sugiarto.

- Advertisement -