iaaf.worldOleh Ku Mohd Lufti

Pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan gagal mara ke final 100 meter lelaki di Kejohanan Olahraga Dunia bawah 20 Tahun di Bydgoszcz, Poland.

Catatannya pada 10.58 saat dalam perlumbaan separuh akhir ketiga awal pagi tadi hanya mampu menempatkannya di kedudukan kelapan iaitu yang terakhir.

Saingan itu dimenangi pelumba Afrika Selatan Tlotliso Leotlela yang mencatat 10.20s diikuti Paolo Andre De Oliveira dari Brazil dengan 10.32s. Kedua-duanya layak ke final.

Khairul Hafiz mara ke separuh akhir selepas menduduki tempat kedua di peringkat saringan kedua dengan catatan 10.44s di belakang Oliveira yang mencatat 10.31s.

 Kejayaan Khairul Hafiz mara ke separuh akhir itu menyaksikan dia mengulangi pencapaian bekas jaguh pecut negara, Azmi Ibrahim yang menjadi atlet Malaysia pertama layak ke separuh akhir kejohanan sama pada edisi 1994.

- Advertisement -