
âTIDAK sangka sama sekali dan amat bermaknaâŚkejayaan ini hasil strategi jurulatih,â demikian luahan kata-kata raja pecut Khairul Hafiz Jantan sebaik melakar kejayaan meleburkan rekod kebangsaaan 200 meter berusia 49 tahun milik Tan Sri Dr. M Jegathesan.
Kejayaan yang hadir awal buat Khairul, dengan Sukan SEA 2017 berbaki 31 hari, diharap dapat melonjak semangat pelari pecut berusia 18 tahun itu pada temasya serantau bulan depan.
Rekod yang dipegang Tan Sri Dr Jegathesan sekian lama itu lebur dengan keupayaan Khairul mencatat 20.90 saat, 0.02 saat lebih pantas dari catatan masa Tan Sri Dr M Jegathesan (20.92 saat) yang dilakar ketika di Sukan Olimpik 1968 di Mexico. Kejayaan manis itu dicapai pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jali pada Selasa (18 Julai 2017).
Kejohanan yang berlangsung sejak semalam itu merupakan pentas menguji tahap kesediaan penganjur menghadapi Sukan SEA KL 2017 bulan depan.
 âSaya bersyukur kepada Allah, dengan izinya saya memecahkan rekod 200 meter hari ini. Terima kasih kepada jurulatih saya Mohd Poad Md Kassim, keluarga dan rakan rakan seperjuangan.

âIni pencapaian amat bermakna kerana tidak sangka dapat pecahkan rekod iniâŚsemangat untuk meraih kejayaan pada Sukan SEA bulan depan makin membuak kerana saya sudah nampak strateginya⌠hanya perlu mengikuti strategi jurulatih,âkata Khairul.Â
Sementara itu, bagi  Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, kejayaan Khairul Hafiz pastinya menambah kehangatan menjelang Sukan SEA KL 2017 dan pasti ditunggu peminat. Â
Tidak mustahil temasya Sukan SEA nanti bakal mencatat sejarah menjadi pentas bagi atlet negara memecahkan rekod dalam tiga acara sekaligus, iaitu 100m, 200m dan 400x100m, kata Datuk Karim.
âRekod berkenaan adalah sah kerana segalanya termasuk aspek masa, tiada kesalahan ketika memulakan larian atau âfalse startâ. Jika ianya rekod Asia atau dunia, ianya melibatkan dan memerlukan pengesahan daripada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).
âSelain acara pecut, saya jangkakan akan ada rekod baru akan dalam acara padang seperti lompat tinggi, lempar cakera, dan baling tukul,âkata Datuk Karim.
Atlet kelahiran Vietnam, Le Trong Hinh muncul pemenang pingat emas 200 meter pada Sukan SEA ke 28 di Singapura dua tahun lalu dengan catatan masa 20.89 saat.