Pengendali skuad B-22 kebangsaan, Datoā€™ Ong Kim Swee gembira melihat persefahaman dan keserasian yang semakin bertambah baik ditunjukkan barisan pemainnya selepas hampir seminggu menjalani latihan di Mokpo, Korea Selatan. Ā Ā 

Skuad negara yang dalam persiapan menghadapi Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Jiangsu bulan depan sedang menjalani latihan pusat di sana sehingga 30 Disember dan setakat ini telah mengharungi dua perlawanan persahabatan.

Setelah seri 1-1 menentang Mokpo City pada Rabu lalu, pasukan negara mencatat kemenangan 1-0 ke atas Honam University pada Jumaat menerusi jaringan tunggal pemain Pahang, R.Kogileswaran enam minit sebelum tamat permainan.

ā€œBarisan kesebelasan hari ini lebih yakin terutama mengawal keadaan ketika diasak pihak lawan dan bermain dengan mengikut corak kekuatan kita. Peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan lebih penting dari terus kita mengejar keputusan buat masa sekarang, namun keserasian bertambah baik dari dua perlawanan yang lepas.

ā€œApapun aksi konsisten harus dikekalkan bagi mengharungi perlawanan persahabatan terakhir (menentang Jeonju Citizen) pada 28 Disember nanti. Saya masih lagi memberi ruang buat semua pemain beraksi pada perlawanan hari ini kecuali Beto (Ahmad Khairil Anuar) dan Akhyar (Rashid) yang masih mengalami kecederaan ringan,ā€ kata Kim Swee.

Tambahnya lagi, ā€œKombinasi terbaik kemungkinan besar akan diturunkan ketika perlawanan persahabatan terakhir di China, sebelum perlawanan pembukaan menentang Iraq nanti. Buat masa ini semua pemain akan diberi ruang sama bagi memastikan mereka faham corak taktikal sebenar pasukan.ā€

Pengendali yang membimbing pasukan negara memenangi pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu turut menjelaskan bahawa faktor cuaca sejuk bukan lagi menjadi satu kebimbangan memandangkan pemain telah berjaya menyesuaikan diri dengan baik.

Ketika ini, seramai 26 pemain sedang berlatih di Korea Selatan termasuk lima pemain dari skuad B-19 negara kendalian Bojan Hodak dan jumlah itu akan dikecilkan menjadi 23 sebelum pasukan terbang ke China.OLEH MUHD AIMAN

- Advertisement -