Ziyad

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan Kementeriannya dalam fasa akhir untuk membina trek olahraga tertutup di Kompleks Sukan Kampung Pandan.

Kompleks ini adalah bertaraf antarabangsa yang pertama di Asia Tenggara dilihat sebagai langkah menggandakan usaha bagi membangunkan sukan olahraga di negara ini.

Perbincangan sudahpun diadakan bagi memutuskan pemaju yang akan diberi peranan untuk menjalankan kerja kerja pembinaan.

“Ia kini dalam peringkat terakhir untuk kita memuktamadkan skop pembangunan kompleks sukan tersebut. Pembangunan ini akan dibuat di atas tapak yang mempunyai balapan dan padang seluas 1 ekar lebih.

“Kompleks tersebut akan dilengkapi dengan trek larian, padang sintetik, gelanggang serbaguna dan juga beberapa kemudahan sukan lain”Kata Khairy.

Ia susulan kejayaan atlet olahraga para negara, Mohd Riduan Mohd Puzi, Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly yang menyumbang emas manakala Siti Noor Radiah Ismail menyumbang pingat gangsa dalam acara maisng masing ketika di Sukan Paralimpik Rio 2016 Ogos tahun lalu.

Terdahulu Khairy menghadiri Dialog Transformasi Nasional TN 50 bersama Warga Sukan di Bukit Jalil yang dihadiri hampir seribu penonton yang terdiri daripada atlet dan bekas atlet negara, barisan kejurulatihan serta pegawai sukan.

“Ini merupakan dialog ke 33 daripada KBS yang membincangkan industri sukan, dan daripada 63 aspirasi yang diluahkan, saya tertarik dengan beberapa perkara antaranya peranan sekolah , penglibatan daripada atlet OKU dan perkembangan industry sukan,”katanya lagi.

Dalam pada itu, Khairy melontarkan cabaran kepada dua atlet para negara, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latiff Romly yang sah akan menyertai Sukan SEA ke 29 Ogos depan.

“Harapan dan cabaran saya untuk Ziyad dan Latif adalah menang pingat emas di Sukan SEA nanti,”katanya lagi.

Dua atlet para negara ini memecah tradisi penganjuran sukan SEA yang diperkenalkan sejak 1959 (ketika itu dikenali dengan Sukan SEAP) di Bangkok, Thailand.

Ziyad bagaimanapun membuktikan kemampuannya dengan meraih emas di Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand hari ini selepas melakukan balingan sejauh 17.06 meter 0,01 meter melepasi had kelayakan minimum untuk melayakkan diri ke sukan SEA ke 29. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -