KEGEMILANGAN penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang berakhir 30 Ogos lepas bakal diteruskan dengan penganjuran Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017, kali ketiga buat Malaysia sebagai hos dalam tempoh 16 tahun dan diharap meninggalkan kesan dan legasi positif. 

Selepas kali terakhir menganjurkan temasya 2009 (Sukan Para ASEAN ke-5) ekoran penarikan diri Laos ketika itu, Malaysia sekali lagi tampil menjadi tuan rumah, kali ini dua minggu selepas kejayaan besar bukan sahaja sebagai penganjur terbaik, tetapi juga muncul sebagai juara keseluruhan di pentas saingan Sukan SEA.

Apatah lagi, kejayaan yang dicatat ketika negara menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-60 negara itu turut membawa makna besar dan amat manis yang pasti terpahat dalam lipatan sejarah buat satu jangka masa yang lama.

Sukan Para ASEAN ke-9 dijadualkan dari 17 hingga 23 September di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Nilai.

Selepas kali pertama menjadi penganjur pada edisi pertama 2001 dikuti edisi ke-5 pada 2009, Malaysia bersedia menyajikan Sukan Para ASEAN terbesar dalam sejarah temasya dari segi jumlah sukan dan jumlah penyertaan.

Pada sidang media di Kuala Lumpur pada Isnin (4 Sept), Pengerusi Teknikal Sukan Para ASEAN KL2017, John Ng memaklumkan seramai 1,452 atlet (1080 lelaki dan 372 wanita) mengesahkan penyertaan pada temasya berkenaan. 

Sebanyak 368 pingat emas akan dipertandingkan dalam 16 sukan, jumlah sukan terbesar disenaraikan dalam sejarah Sukan Para ASEAN setakat ini.

Menuruti langkah kontinjen atlet Sukan SEA, kontinjen Para negara bakal diwakili jumlah terbesar iaitu 331 atlet dan 169 pegawai dan jurulatih, menjadikan jumlah keseluruhan kontinjen seramai 500 yang akan menyertai kesemua acara. 

Thailand kedua terbesar dengan 291 atlet diikuti Indonesia 192, Vietnam (150), Myanmar (120), Filipina (115), Singapura (92), Kemboja (70), Laos (50), Brunie (27) dan Timor Leste seramai 14 atlet.

Seramai 1,113 pegawai tempatan dan asing akan terbabit termasuk dari kalangan delegat teknikal, Pegawai Teknikal Antarabangsa, Pegawai Teknikal Kebangsaaan, Penolog Pegawai Teknikal Kebangsaan dan pegawai klasifikasi dan perubatan.

Kontinjen negara peserta dijangka tiba di Kuala Lumpur mulai 12 September ini.

Daripada jumlah keseluruhan 368 pingat emas yang dipertandingkan, jumlah terbesar ialah dalam olahraga Para yang mempertandingkan 133 pingat emas, diikuti renang Para (84).

Klasifikasi yang menentukan tahap kecacatan dan penyertaan atlet akan berlangsung selama 3 hari mulai 14 September ini.

Dalam pada itu, John Ng, yang juga timbalan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata kontinjen Para negara kini bersemangat tinggi mahu mencapai misi muncul juara keseluruhan buat kali kedua selepas melakukannya 2001.

“Kita sudah buat persiapan selama dua tahun di bawah program Kita Juara,” kata John. Pada 2001, Malaysia muncul juara keseluruhan dengan 135 pingat emas, 79 perak dan 87 gangsa. Dua tahun lalu di Singapura,  Malaysia di tempat ketiga keseluruhan dengan 52 emas, 58 perak dan 37 gangsa.

Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin sebelum ini telah menetapkan sasaran awal 103 pingat emas sebagai merealisasikan hasrat muncul juara keseluruhan.

Chef de Mission negara Dato’ Subramaniam Raman, yakin sasaran itu boleh dicapai. Sasaran kini terarah kepada empat sukan – olahraga, renang, tenpin boling dan berbasikal.

 “Empat sukan ini berpotensi menyumbang 75 peratus dari emas yang disasarkan kerana banyak acara. Baki 12 sukan lagi boleh melengkapkan baki 25 peratus,” kata Subramaniam.

Dua belas sukan lain di ialah memanah, badminton, boccia, chess, bolasepak 5 sebelah, bolasepak CP, goalball , powerlifting, ping pong, bola tampar duduk, bola keranjang kerusi roda dan tennis kerusi roda.

Pertandingan akan berlangsung di enam venue iaitu Bandar Sukan Bukit Jalil, MITEC, Putrajaya, Sunway Pyramid, Kompleks Tenis Jalan Duta dan Velodrom Nasional di Nilai.

9th ASEAN PARA GAMES KL2017:  MALAYSIA ALL SET TO DELIVER BEST GAMES

WITH the biggest number of sports to be contested, the stage is all set for some 1,500 athletes to produce exciting and inspiring action in the upcoming 9th ASEAN Para Games Kuala Lumpur 2017 from Sept 17 to 23. 

The third edition to be hosted by Malaysia since the inaugural Games in 2001, the 9th ASEAN Para Games open two weeks after the conclusion of the successful 29th SEA Games, which saw Malaysia emerging as overall champion.

Now, in 12 days time and with the country still very much in the celebratory mood following the successful SEA Games campaign, close to 1,500 athletes will have their sights firmly on the more than 350 gold medals on offer in the 16 sports, the biggest number of sports in the Games’ 17-year history.

In a press conference on Monday (4 Sept), Games Technical Chairman John Ng said, that following the conclusion of the recent Delegates Registration Meeting (DRM), a total of 1,452 athletes (1,080 men and 372 women), 691 contingent officials and more than 1000 technical officials have been confirmed for the 7-day Games. 

A total 368 gold medals will be up for grabs in all the 16 sports contested. Contingents are expected to arrive in Kuala Lumpur for the Games from 12 Sept onwards.

Malaysia form the biggest contingent with 331 athletes and 169 officials and coaches, followed by Thailand (291 athletes), Indonesia 192, Vietnam (150), Myanmar (120), Philippines (115), Singapore (92), Cambodia (70), Laos (50), Brunei (27) and Timor Leste 14 athletes. 

A total of 1,113 local and foreign officials will also serve the Games as Technical Delegates, International Technical Officials, National Technical Officials and Classification officials.

The classification process to determine athletes’ impairment and participation will be conducted for three days from 14 Sept.

Of the 368 gold medals, Para athletics are offering the highest number of golds with 133 followed by Para Swimming (84).

Meanwhile, John Ng, who is also the deputy president of the Paralympic Council of Malaysia (MPM) said athletes are all motivated and in high spirits following the successful outing by the Malaysia SEA Games contingent. 

“We’ve have been preparing since the last Games in Singapore under the Kita Juara programme,” said John. In 2001, Malaysia emerged overall champions with 135 golds, 79 silvers and 87 bronze medals. In Singapore 2015, Malaysia took the overall third spot with 52 golds, 58 silvers and 37 bronze medals.

The Malaysian contingent have set a target of 103 gold medals in its bid to take the Games overall crown.

Chef de Mission Dato’ Subramaniam Raman believes that the target is achievable, saying that Malaysia’s focus will be on four main sports – athletics, swimming, tenpin bowling and cycling.

“The four sports are expected to deliver 75 percent of our targeted gold medals due to the large number of events. The remaining 25 percent will be from the other 12 sports,” he said.

Twelve other sports in the Games are archery, badminton, boccia, chess, football 5, CP football, goalball , powerlifting, table tennis, sitting volleyball, wheelchair basketball and wheelchair tennis.

Competitions will be held at six venues at Kl Sports City in Bukit Jalil, MITEC, Putrajaya, Sunway Pyramid, Tennis Complex Jalan Duta and the National Velodrome in Nilai.

- Advertisement -