IMG_1991

Pemain golf remaja kebangsaan Suzairi Iqmah Rahim, Adam Arif Madzri, Siti Zulaikhaa Shaari dan Winnie Ng Yu Xuan akan bersaing bagi Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa AmBank SportExcel 201 yang akan bermula dari 2-5 November 2015 di Templer Park Country Club di Rawang, Selangor.

Tarikan menarik adalah pemain sensasi Remaja Filipina iaitu Princes Superal yang telah memenangi Pingat Emas di Sukan SEA 2013 di Myanmar dan kini merupakan pemain remaja terkemuka di rantau ini. Beliau akan mengambil bahagian dalam kategori Perempuan 15-18 tahun.

Menampilkan 98 pemain golf remaja terbaik dari dalam negara termasuk 50 pemain golf remaja asing dari Thailand (lapan), India (tujuh), Singapura (satu), Hong Kong (enam), Jepun (tiga), Chinese Taipei (empat), Korea Selatan (empat), Australia (sembilan), Indonesia (satu) dan Filipina (tiga), Kumpulan AmBank sekali lagi menaja kejohanan golf berprestij remaja ini untuk kali kesepuluh. Siti Zulaikhaa akan mempertahankan kejuarannya dalam kategori Perempuan 15-18 tahun.

Pemain terbaik daripada Tee Biru (Kategori Lelaki 13-14 dan kategori 15-18) dan Tee Putih (Kategori Perempuan 13-14 dan kategori 15-18) akan bersaing untuk trofi Tan Sri Azman Hashim, yang dinamakan sempena nama Pengerusi Kumpulan AmBank.

“Kami sekali lagi berasa bangga menjadi penaja utama dan sejumlah 98 pemain golf remaja akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Oleh yang demikian, kita akan melihat satu saingan hebat untuk menjadi nombor satu diantara pemain tempatan dan antarabangsa,” kata Syed Anuar Syed Ali, Ketua, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank selepas menyampaikan cek tajaan kepada Encik C. Sivanandan, Pengarah Eksekutif, SportExcel.

“SportExcel percaya bahawa masa depan sukan Malaysia terletak dalam program pembangunan sukan remaja yang berterusan. Kami di AmBank berkongsi visi yang sama kerana kami percaya bahawa dengan memberi sokongan kepada program latihan remaja dan belia, ia akan mencungkil bakat-bakat baru. Oleh itu, pembangunan akar umbi dapat membangunkan dan meningkatkan tahap sukan negara ke tahap yang lebih tinggi,” tambah Syed Anuar.

Bagi Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa AmBank SportExcel 2015, sejumlah 98 pemain golf remaja ini akan bertanding dalam enam kategori iaitu 11-12 tahun (Lelaki dan Perempuan),  13-14 tahun (Lelaki dan Perempuan) dan 15-18 tahun (Lelaki dan Perempuan).

Kategori hadiah utama dalam Kejohanan ini adalah seperti berikut:

  • Posisi 1-4 bagi setiap kategori
  • Posisi 1-3 bagi Lelaki (Tee Biru) dan Perempuan (Tee Putih)
  • Posisi 1-2 bagi Kejohanan Berpasukan (Satu Lelaki –Tee Biru dan satu Perempuan – Tee Putih)

Selain itu, pemain terbaik daripada Biru atau Putih Tee akan menerima biasiswa dari Hills Golf Akademi, Gold Coast, Australia bernilai kira-kira RM128,000 atau $42,000 Australia Dolar (AUD).

 

AmBank Group completes a Decade of Sponsorship with 10th AmBank SportExcel International Junior Golf Championships 2015

National junior golfers Suzairi Iqmah Rahim, Adam Arif Madzri, Siti Zulaikhaa Shaari and Winnie Ng Yu Xuan will challenge for honours come 2-5 November 2015 when they tee-off at AmBank SportExcel International Junior Golf Championships 2015 at the scenic and challenging Templer Park Country Club in Rawang, Selangor.

The biggest attraction is Philippines Junior sensation Princes Superal who won the Gold Medal at the SEA Games 2013 in Myanmar and is currently the top junior in the region. She will take part in the Girls 15-18 age group category.

Featuring 98 junior golfers in the country inclusive of 50 international players from Thailand (eight), India (seven), Singapore (one), China (four), Hong Kong (six), Japan (three), Chinese Taipei (four), South Korea (four), Australia (nine), Indonesia (one) and Philippines (three), AmBank Group has once again come on board to sponsor this prestigious junior golf tournament for the 10th consecutive time. Siti Zulaikhaa will be defending her Girls 15-18 title.

The Best Players from the Blue Tee (Boys 13-14 and 15-18 age group category) and White Tee (Girls 13-14 and 15-18 age group category) will also be vying for the Tan Sri Azman Hashim trophy, named after the AmBank Group Chairman.

“We are proud to come on board as the main sponsor once again and a total of 98 players will be taking part in the tournament. Hence, the challenge to come out tops will be keen and exciting with a local and international cast,” said Syed Anuar Syed Ali, Head, Group Corporate Communications and Marketing, AmBank Group after presenting the mock cheque to Mr C. Sivanandan, Executive Director, SportExcel.

“SportExcel firmly believes that the future of Malaysian sports lies in the sustainable junior sport development programme. We at AmBank share the same vision as we believe that by giving support to youth training programmes, it will unearth new talents. Hence, grassroots development will go a long way in developing and elevating sports to a higher level in the country,” added Syed Anuar.

For the AmBank SportExcel International Junior Golf Championships 2015, the 98 juniors will play in six age group categories namely, 11-12 (Boys and Girls), 13-14 (Boys and Girls), 15-18 (Boys and Girls).

The main prize categories in the Championship are:

  • 1st-4th Placing for each category.
  • 1st-3rd Placing for Boys (Blue Tee) and Girls (White Tee).
  • 1st – 2nd Placing for Team Championship (One Boy – Blue Tee and One Girl – White Tee)

In addition, a Best Player from the Blue or White Tee will receive a one-year scholarship from Hills Golf Academy, Gold Coast, Australia worth approximately RM128,000 or $42,000 Australian Dollar (AUD).

- Advertisement -