Pemain Selangor, K Letshaana semakin optimis untuk memburu kemenangan sekaligus mencabar kejuaraan bagi acara perseorangan bawah 16 tahun di Kejohanan Badminton 100PLPUS Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Pric Final yang berlangsung di Seremban.

Letshaana yang merupakan pilihan ke ¾ hanya memerlukan 15 minit untuk mengesahkan kemenangan straight set 21-2, 21-6 ke atas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Lee Xin Jie untuk ke peringkat suku akhir.

“Saya sudah menemui rentaj permainan selepas gagal melakukannya sebelum ini.

“Keyakinan saya semakin tinggi. Saya hanya perlu fokus untuk mendapatkan rentak dan masih belum berada diprestasi terbaik tetapi saya yakin mampu mengharunginya,”kata Letshaana yang tewas kepada Arena Satu Samin ketika Pusingan kedua di Johor Bahru pada Mei lalu.

Seorang lagi wakil BAM,  Lee Xin Jie yang turut beraksi di Kejuaraan Dunia Jemputan Shonan Bawah 15 tahun, Jepun mengesahkan slot ke suku akhir selepas dipaksa bekerja keras untuk menang ke atas wakil Kedah, K Yeshveeni 21-15, 13-21, 21-15 dalam masa 51 minit.

Sementara itu, juara bertahan, Arena Satu Samin dari Sabah turut berada di kelas tersendiri untuk menewaskan Tan Shen Thing (BAM) straight set 21-12, 21-9 sekaligus bakal berdepan pilihan kedua dari BAM, Joanne Ng May Yin yang menang ke atas pemain Selangor, Sik Xiao Hui 21-13, 21-14.

Pilihan utama kejohanan perseorangan perempuan, Tan Zhang Yi (BAM) turut mara ke suku akhir selepas menang straight set 21-18, 21-12 ke atas Chew Jia Hui (Perak).

“Saya perlu bersabar untuk mengelakkan banyak kesilapan ketika bermain. Saya perlu bangkit dan memberi focus yang lebih ketika bermain,”kata Zhang Yi  yang akan berdepan wakil Selangor, Siti Nurshuhaini Azman yang menang 21-9, 18-21, 21-13 ke atas wakil Sabah, Goh Shuen Tong.

Turut mara ke suku akhir, Oh Jia Qi dari Johor yang menang ke atas Lim Qi Ling (Selangor) 21-10, 21-15 sekaligus berdepan Khor Jin Weng (BAM).

Dalam pada itu, saingan perseorangan lelaki bawah 16 tahun menyaksikan pilihan pertama kejohanan, mengesahkan slot ke suku akhir selepas menang straight set 21-17, 21-17 ke atas A Thaanesh Devar (Melaka).

Fazriq yang menang di Kejuaraan Dunia Jemputan Shonan Bawah 15 tahun akan berdepan Haris Sufian Rushdan (Selangor) yang menang ke atas Goo Vie Keat (Kelantan) 21-15, 21-11.

“Saya menang straight set dalam dua perlawanan terdahulu tetapi ianya bukan ukuran kerana akan menjasi semakin sengit selepas ini.

“Saya masih merasa keletihan selepas pulang dari Jepun tetapi ianya tidak menjejaskan misi untuk terus memburu kejuaraan,”kata Fazriq.

- Advertisement -