Padang bolasepak di Indonesia berdepan detik suram apabila saingan liga domestik, Liga 1 dan Liga 2 musim 2020 berkemungkinan besar tidak akan diteruskan.

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan penganjur Liga Indonesia Baru (LIB) serta Kementerian Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) mengadakan pertemuan untuk memutuskan masa depan liga domestik bagi musim 2020.

Setiausaha Agung PSSI Yunus Nusi menerusi laporan media tempatan menjelaskan segala keputusan berhubung nasib Liga 1 dan Liga akan diumumkan selepas perbincangan  dengan semua pihak yang terlibat selesai sepenuhnya.

Liga 1 musim 2020 dijadual bermula pada 1 Oktober dan kesemua pasukan yang terlibat telahpun bersedia sepenuhnya untuk memulakan saingan.

Namun ada beberapa individu yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk meneruskan liga domestik di negara itu memandangkan status kes jangkitan Covid 19 di negara itu yang masih ditahap membimbangkan.

Setakat ini, Indonesia berada di kedudukan ke 23 dunia dengan kes baru semalam yang direkodkan adalah lebih 3500 dan jumlah kes keseluruhan hampir mencecah angka 300 ribu dan 10 473 kematian direkodkan setakat ini.

 

 

 

 

- Advertisement -