Foto – Johor Southern Tigers

 

Arena sukan di Korea Selatan tampak bakal kembali ceria selepas saingan liga domestik dijangka akan disambung pada 8 Mei.

Liga Bolasepak Profesional Korea (K LEague) mengumumkan pada Jumaat akan meneruskan saingan liga di negara itu selepas ditunda susulan pandemik Covid 19.

 Aksi pembukaan akan berlangsung diantara juara bertahan tiga kali, K League 1, Jeonbuk Hyundai Motors yang akan melayan kunjungan Suwon Samsung Bluewings di Stadium Piala Dunia Jeonju.

Keputusan dicapai selepas mesyuarat yang diadakan di Seoul melibatkan wakil wakil kelab dan mereka sepakat untuk mengadakan perlawanan secara tertutup.

Jadual perlawanan bagi trarikh 9 dan 10 Mei juga akan disusun semula dan diumumkan kelak.

Saingan K League 1 melibatkan 12 pasukan yang akan mengharungi 27 perlawanan berbanding 38 bagi semusim.

Ia sekaligus memenuhi kriteria dimana minima 22 perlawanan diperlukan untuk menentukan kejuaraan liga.

Andai tidak mencukupi, tiada pasukan yang akan diumum sebagai juara liga namun rekod perlawanan dan statistik melibatkan pemain akan tetap direkodkan.

Setakat ini, Korea Selatan mencatatkan lebih 10 728 kes jangkitan Covid 19 dan 242 kematian.

Daripada jumlah itu, 8717 kes telah sembuh, 1769 merupakan kes yang masih aktif dan 55 daripadanya berada di tahap ktirikal.

 

 

- Advertisement -