Undian Piala Thomas 2020 tampak ‘memihak’ Malaysia apabila diundi dalam kumpulan A bersama sama Indonesia, Belanda dan England.

Undian dilakukan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi saluran Youtube nyata dinanti nantikan peminat badminton seluruh dunia.

Dalam pada itu, juara bertahan, diundi didalam kumpulan B bersama sama Taiwan, Australia dan Perancis sementara tuan rumah kejohanan, Denmark pula berada dalam kumpulan C bersama sama India, Jerman dan Algeria.

Satu lagi pasukan pilihan, Jepun pula berada di dalam kumpulan D bersama sama Korea Selatan, Thailand dan Kanada.

Malaysia sekadar beraksi sehingga peringkat suku akhir sebelum kecundang 1-3 di tangan Indonesia.

Nasib berbeza bakal ditempuhi skuad badminton wanita negara di Piala Uber apabila diundi dalam kumpulan B, bersama Korea Selatan, Indonesia dan Australia.

Jepun yang merupakan juara bertahan berada di dalam kumpulan A bersama-sama Taiwan, Mesir dan Sepanyol

Sementara China diundi dalam kumpulan D bersama sama India, Perancis dan Jerman manakala tuan rumah pula berada dalam kelompok kumpulan C bersama Thailand, Scotland dan Kanada.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir.

Malaysia telah menjulang trofi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992, manakala skuad wanita pula masih belum meraih sebarang kejuaraan pada saingan Piala Uber sejak diperkenalkan pada 1957 di England.

Keputusan undian:

Piala Thomas:

Kumpulan A: Indonesia, Belanda, England, MALAYSIA

Kumpulan B: China, Taiwan, Australia, Perancis

Kumpulan C: Denmark, India, Jerman, Algeria

Kumpulan D: Jepun, Korea Selatan, Thailand, Kanada

Piala Uber:

Kumpulan A: Jepun, Taiwan, Mesir, Sepanyol

Kumpulan B: Korea Selatan, Indonesia, Australia, MALAYSIA

Kumpulan C: Thailand, Denmark, Scotland, Kanada

Kumpulan D: China, India, Perancis, Jerman

- Advertisement -