Juara tujuh kali Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) mengumumkan dua pemain kelab itu akan berhijrah ke Australia.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerusi entri di laman facebook Johor Southern Tigers mengesahkan dua pemain kelab itu, Liridon Krasniqi dan Syahrian Abimayu akan beraksi untuk kelab Newcastle Jets secara pinjaman.

“Kami menandatangani Syahrian pada penghujung 2020 sebagai pelan jangka panjang kelab dan langkah pinjaman ini selari dengan aspirasi untuk membentuk pemain ini bagi beberapa tahun akan datang,” katan Alistair dipetik daripada laman sosial tersebut.

Liridon menyarung jersi Harimau Selatan pada penghujung tahun 2019 manakala Syahrian dibawa masuk pada penghujung tahun lepas.

- Advertisement -