ltdl

Oleh Ku Mohd Lufti

Perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 dijadualkan berlangsung pada 22 Feb hingga 1 Mac tahun depan.

Malah, perlumbaan yang memasuki edisi ke 22 tahun depan sah akan kembali ke Pulau Langkawi.

Pengumuman rasmi tarikh perlumbaan LTdL 2017 dilakukan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Lokman Hakim Ali pada majlis penyampaian hadiah sorakan ‘Semangat LTdL 2016’ di Menara KBS.

 Bagi Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalal, penganjur perlumbaan iaitu Ciclista Sports Sdn Bhd mahu mengembalikan kegemilangan perlumbaan berprestij itu ke pulau legenda berkenaan selepas kali terakhir dilakukan pada 2014 yang menyaksikan penyertaan enam pasukan Pro Tour.

- Advertisement -