Pemain dan barisan kejurulatihan Melaka United akan memulakan sesi latihan pertama selepas lebih tiga bulan tanpa sebarang aktiviti bolasepak susulan pandemik Covid 19.

Laporan Melaka Hari Ini, kesemua pemain dan jurulatih Melaka United telah menjalani ujian calit (swab test) pada 16 Jun lalu dimana sesi tersebut diketuai doktor pasukan, Dr Adeeban Ayakandoo.

Keputusan telah diterima pada 19 Jun lalu dan kesemua ujian adalah negatif dan akan menjalani sesi latihan pertama fasa satu dalam masa terdekat.

MFL menegaskan latihan fasa 1 bakal menjadi penanda aras penting buat pasukan sebelum pengendali liga tempatan itu melanjutkan proses kepada fasa 2.

Ini kerana proses kepada fasa 2 iaitu latihan secara ‘body contact’ akan menjadi lebih cerah jika kesemua pasukan patuh serta disiplin mengikuti setiap SOP ketika menjalani sesi latihan dalam fasa 1 tanpa ‘body contact’.

 

 

- Advertisement -