Aksi kedua Skuad Senior Lelaki Kebangsaan dalam pusingan ā€œSuper 4ā€ Piala Asia 2022, Jakarta, Indonesia yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Gelora Bung Karno menyaksikan Malaysia dan India berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat seri 3-3.

Ā 

Muhammad Razie Abd Rahim muncul penjaring hatrik dan penyelamat Malaysian Tigers selepas memastikan kelebihan pukulan sudut penalti yang dimiliki pada saat genting disempurnakan sekaligus mengikat kedudukan 3-3

Ā 

Dalam pertemuan yang berlangsung hari ini,Malaysia memecah kebuntuan jaringan pada minti ke-12 selepas kelebihan pukulan sudut penalti kedua yang dimiliki dimanfaatkan oleh Razie Rahim menerusi flik ke sudut bawah sebelah kanan pintu gol India.

Ā 

Memasuki minit ke-21, skuad negara sekali lagi dihadiahkan dengan kelebihan pukulan sudut penalti dan fliker negara, Razie Rahim sekali lagi menyempurnakan kelebihan tersebut untuk terus meletakkan Malaysia di hadapan 2-0.

Ā 

India cuba untuk merapatkan jurang gol pada separuh masa kedua dan minit ke-32, mereka dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti. Vishnukant Singh menyempurnakan kelebihan tersebut untuk gol pertama India terhasil sekaligus mengubah kedudukan menjadi 2-1.

Ā 

Minti ke-36, giliran skuad negara dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti namun kali ini flik yang dilakukan oleh Razie Rahim dipatahkan oleh pelari pertama India.

Ā 

Seminit sebelum aksi suku ketiga berakhir, Malaysia sekali lagi mempunyai peluang untuk menambah jaringan kali ini hasil gerakan padang antara Mohamad Ashran Hamsani dan Shello Silverius namun percubaan tersebut sedikit tersasar.

Ā 

India menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi gerakan padang Sowmarpet Vitalacharya Sunil yang berada di sebelah kiri pintu gol negara sebelum mereka berada di hadapan pada minit ke-55 apabila kelebihan pukulan sudut penalti disudahkan oleh Nilam Sanjeep Xess.

Ā 

Ketinggalan 2-3 langsung tidak mematahkan semangat anak-anak buah A. Arulselvaraj yang bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-56 selepas dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti. Razie Rahim sekali lagi muncul selaku watak penting yang menyelamatkan negara apabila menyempurnakan kelebihan tersebut dan turut meledak hatrik pada aksi hari ini.

Ā 

Malaysia akan turun untuk aksi terakhir pusingan ā€œSuper 4ā€ pada Selasa (31 May) jam 5:00 petang waktu Malaysia bertemu Jepun dengan misi untuk memastikan kemenangan diraih bagi mengesahkan slot di pentas final Piala Asia 2022.

- Advertisement -