FOTO – AFC

 

Aksi terakhir kelayakan Kejuaraan AFC B19 melibatkan skuad negara dan Korea Selatan bagi kumpuln F menyaksikan anak didik Bojan Hodak tumpas 0-3.

Bekas pengendali Kelantan dan Johor Darul Takzim ini mensasarkan untuk seri dalam perlawanan terakhir, namun harapannya tidak kesampaian.

Malaysia bermain baik dan peluang keemasan Malaysia hadir di minit ke 4, hantaran silang Muhd Zhafir Yusof disambut baik Muhd Hadi Fayyadh namun percubaannya di dalam kotak penalti tersasar.

Korea Selatan yang mempunyai kelebihan gol selepas dua perlawanan membuka tirai gol di minit 11 menerusi tandukan Um Wongsang hasil hantaran Cho Young Wook.

Jaringan tersebut tampak mematahkan semangat juang pemain negara apabila gagal mengekang asakan pemain lawan.

Empat minit berselang, Korea Selatan kendalian Chung Jungyong hampir melebarkan kedudukan kepada 2-0, gerakan solo Cho Young Wook berjaya menewaskan pemain pertahanan negara, namun percubaannya tersasar.

Gol yang dicari Korea Selatan akhirnya menjelma di minit ke 38, gerakan 1,2 diantara Kim Jungmin dan rakan sepasukan berjaya melepasi pertahanan negara sebelum penjaga gawang negara, Muhd Azri Ghani tewas kali kedua.

Tekanan kian memuncak di kem Malaysia ketika permainan memasuki masa tambahan selepas tamat masa sebenar babak pertama, apabila kesilapan Shivan Pillay Asokan mengasari pemain lawan memberikan penalti kepada Korea Selatan.

Cho Young Wook tidak mensia siakan peluang untuk menjadikan kedudukan 3-0 selepas tamat separuh masa pertama.

Babak kedua memperlihatkan permainan yang lebih kemas oleh pemain pemain negara.

Biarpun diasak hebat barisan  serangan Korea Selatan, Malaysia bijak mencari peluang untuk mematahkan serangan lawan.

Malah, Malaysia sekali sekala menguji kubu Korea Selatan namun ketumpulan penyudah terus menghampakan Bojan Hodak untuk memecah kebuntuan.

Kedudukan 3-0 kekal hingga tamat perlawanan sekaligus mengesahkan Malaysia kekal di tangga kedua kumpulan F dengan 9 mata selepas mengharungi 4 perlawanan.

Nasib skuad kendalian Bojan Hodak hanya akan diketahui selepas lengkap kesemua perlawanan peringkat kumpulan A hingga J.

Juara kumpulan layak secara automatik manakala lima pasukan terbaik yang mendapat kedudukan kedua akan layak secara merit ke Indonesia tahun depan.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

KEDUDUKAN PASUKAN – KUMPULAN F 

 

KOREA REPUBLIC 4 4 0 0 22 0 22 12
MALAYSIA 4 3 0 1 8 5 3 9
INDONESIA 4 2 0 2 11 8 3 6
TIMOR-LESTE 4 0 1 3 3 14 -11 1
BRUNEI DARUSSALAM 4 0 1 3 2 19 -17 1

 

 

 

 

- Advertisement -