Oleh Ku Mohd Lufti

Langkah pertama ketua jurulatih Selangor, P Mainam menjelang musim Liga Super 2017, mendapatkan khidmat bekas pemain import The Red Giants, Francis Forkey Doe untuk mengemudi jentera serangan.

Pemain kelahiran Liberia ini melakukan 26 penampilan dan enjaringkan 10 gol sepanjang musim 2013 bersama Selangor sebelum berhijrah ke Kelantan pada 2014.

Bagi Maniam, Selangor sudah mempunyai pemain import pertahanan yang baik dan mampu memimpin ketika di padang.

“Kami memerlukan pemain pertahanan tengah yang mantap seperti Ugo Ukah yang mempunyai karakter serta kepimpinan yang baik ketika berada di atas padang namun saya juga memerlukan dua orang penyerang asing untuk digandingkan bersama Andik Vermansah,” kata Maniam.

Dalam pada itu, status Andik Vermansyah masih belum diputuskan lagi samada akan kekal bersama Selangor atau sebaliknya susulan kecederaan yang menimpa pemain sayap kelahiran Indonesia itu.

Selangor mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Liga FAM, Sime Darby FC di Shah Alam sebagai persiapan untuk mengharungi Liga Super musim 2017.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Ia tidak meresahkan Maniam kerana aksi perlawanan persahabatan merupakan medan untuk pemain pemain muda dan senior mencari keserasian.

“Saya perlu membuat lebih banyak kerja rumah untuk memperbaiki kelemahan dalam pasukan. Saya yakin pemain yang ada bersama pasukan ketika ini adalah profesional dan mereka tidak terganggu dengan perkara yang melanda pengurusan pasukan ketika ini,” katanya lagi.

Selangor akan membuka saingan Liga Super 2017 menentang Pulau Pinang.

- Advertisement -