Saingan bergu wanita Yonex Terbuka Thailand menyaksikan pasangan ‘kakak’ Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menundukkan bergu ‘adik’ Pearly Tan-M Thinaah.

Pertarungan yang cukup sengit diantara kedua dua pemain yang pastinya sudah tahu cara pemainan masing masing.

Kedua dua bergu hanya dibezakan dengan satu mata pada satu ketika sebelum unforce error oleh Pearly Tan dan M Thinaah memberi ruang kepada Mei Kuan dan Meng Yean untuk melakar kemenangan di set pertama 22-20.

Aksi sengit terus disajikan kedua dua bergu negara ini namun momentum Pearly Tan dan M Thinaah jatuh merudum sebelum interval.

M Thinaah tidak berpuas hati dengan keputusan umpire perlawanan bertugas kerana tidak membenarkan ‘challenge’ sedangkan beliau mendakwa telah meminta ‘challenge’ dengan segera namun tidak diendahkan.

Ia tampak menjejaskan momentum Thinaah yang kehilangan fokus dan ia dimanfaatkan Mei Kuan-Meng Yean yang terus menjarakkan mata sekaligus menang 21-12.

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akan bertemu pemenang diantara pilihan ketujuh tuan rumah, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai yang menentang pilihan keempat dari Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong.

- Advertisement -