Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mengesahkan status selaku juara kumpulan bagi bergu wanita di kejohanan badminton Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas tamat saingan peringkat kumpulan.

Gandingan ini tidak berdepan masalah untuk menundukkan pasangan Teoh Mei Xing-Yang Ling straight set 21-18, 21-15 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, sekaligus melakar kemenangan ketiga berturut turut.

Mei Kuan-Meng Yean akan bertemu bergu muda Pearly Tan Koong Le-M Thinaah yang mengesahkan status selaku naib juara selepas menundukkan Anna Cheong Ching Yik – Toh Ee Wei straight set 21-13, 21-14.

“Saya harap permainan kami bertambah baik dan dapat berikan segalanya ketika di final kerana permainan kami sebelum ini belum mencapai tahap maksima.

“Pemain junior mungkin turun tanpa tekanan, tetapi bagi kami berbeza kerana kami perlu menunjukkan yang terbaik agar mereka dapat belajar daripada kami,”kata Mei Kuan.

 

Dalam pada itu, bergu lelaki Kumpulan B menjadi tumpuan apabila pasangan muda, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong mencipta sejarah tersendiri apabila mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir.

Hang Yee-Eng Cheong menang ke atas Chang Yee Jun-Chia Wei Jie 21-19, 17-21, 21-11 untuk mengetuai carta kedudukan bergu lelaki kumpulan B selepas tamat saingan bagi sesi petang.

“Kami tidak meletakkan apa apa sasaran pada pertandingan ini dan hanya menumpukan apa yang perlu dilakukan ketika perlawanan.

“Kami sudah sampai ke tahap ini dan sudah tentu akan cuba memburu slot ke perlawanan final. Tetapi ini bukan tekanan untuk kami berdua,”kata Hang Yee.

Manakala kumpulan A pula didominasi Ong Yew Sin-Teo Ee Yii yang menundukkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik straight set 21-18, 21-13.

KEPUTUSAN PERLAWANAN – SESI PETANG

BERGU LELAKI  – KUMPULAN A

Ong Yew Sin /Teo Ee Yi vs Aaron Chia/Soh Wooi Yik (21-18, 21-13)

Ching Kai Feng /Lwi Sheng Hao vs Choong Hon Jian /Loo Bing Kun

BERGU LELAKI – KUMPULAN B

Low Hang Yee /Ng Eng Cheong vs Chang Yee Jun /Chia Wei Jie (21-19, 17-21, 21-11)

BERGU WANITA

Pearly Tan Koong Le /M Thinaah vs Anna Cheong Ching Yik / Toh Ee Wei (21-13, 21-14)

Chow Mei Kuan /Lee Meng Yean vs Teoh Mei Xing /Yap Ling (21-18, 21-15)

- Advertisement -