Hari yang menggembirakan buat kem negara di Bangkok yang sedang beraksi di Final Jelajah Dunia apabila gandingan bergu negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir.

Turun dengan status under dog, Mei Kuan dan Meng Yean menepis jangkaan ramai pihak kem bergu wanita akan pulang awal.

Turun menentang pilihan pertama Indonesia Greysia Polii-Apriyani Rahayu, semangat juang yang dipamerkan cukup luar biasa apabila mengesahkan kemenangan straight set 21-13, 21-17.

Kemenangan itu menyaksikan Choe Mei Kuan-Lee Meng Yean mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir selepas menamatkan saingan kumpulan A bergu wanita ditangga kedua dibelakang gandingan Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan yang menundukkan satu lagi bergu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen, 21-12 21-16.

 

 

- Advertisement -