Bekas kapten England, David Beckham melihat bintang Barcelona, Lionel Messi adalah yang terbaik berbanding bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Beckham mengimbau kembali pertemuannya dengan Messi ketika bersama  kelab Ligue 1, Paris St Germain, beliau menganggap Messi sukar untuk didekati.

“Dia (messi) berada di kelas tersendiri dan mustahil untuk melihat pemain lain sepertinya. Cristiano Ronaldo tidak sama taraf, Messi berada satu tahap di atas,”kata Beckham kepada media antarabangsa, Telam.

Pemain yang pernah beraksi untuk Manchester United ini kini merupakan Presiden kelab liga MLS, Inter Miami turut berkongsi perancangannya untuk membawa bintang berpengalaman ke kelab itu. 

Antara yang menjadi sasarannya adalah pemain tengah Manchester City, David Silva yang dilihat mampu memperkuatkan barisan pemain Inter Miami.

 

 

- Advertisement -