Mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan (LOC) kali kedua bagi pertandingan Pestabola Merdeka 2023 Edisi Ke-42 telah diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Ia dipengerusikan oleh Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM merangkap Pengerusi LOC.
Yang turut hadir ialah Naib Presiden FAM, Dato’ Posa Haji Majais selaku Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Stadium; Exco FAM, Christopher Raj selaku Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi & Perhubungan Awam FAM serta Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman.
Mesyuarat membincangkan status terkini hal-hal persiapan berkaitan pertandingan, protokol dan hospitaliti, keselamatan, media dan komunikasi, pemasaran, perubatan serta perkhidmatan dan logistik menjelang pertandingan tersebut.
Selain dihadiri kakitangan FAM dari unit-unit yang terlibat, ia turut membabitkan pihak-pihak luar yang seperti polis, kastam, imigresen, bomba, hotel dan stadium.
Pestabola Merdeka 2023 Edisi Ke-42 dijadual berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan disertai empat pasukan – Malaysia, Palestin, Lebanon dan India.
#FAM
#HarimauMalaya
#PestabolaMerdeka2023
- Advertisement -