golf.ball

Oleh Ku Mohd Lufti

Kejohanan golf, Negeri Sembilan Golf Challenge 2016 menjanjikan sebuah kereta Mini Cooper kepada mana mana pemain yang berjaya membuat pukulan selubang (hole-in-one).

Negeri Sembilan Golf Challenge 2016 merupakan kejohanan anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS), akan berlangsung pada 17 dan 18 Disember depan.

Pengurus Besar LPNS, Baharudin Jali berkata kejohanan itu akan diadakan di tiga lokasi iaitu Staffield Golf & Country Club (SGCC), Seremban International Golf Club (SIGC) dan Port Dickson Golf & Country Club (PDGCC).

“Selepas pusingan kelayakan pada 17 Dis, 30 pemain terbaik akan dipilih untuk beraksi pada pusingan akhir di PDGCC 18 Dis nanti,” katanya di sini, hari ini.

Katanya selain kereta Mini Cooper, kejohanan yang diadakan bagi mempromosikan pelancongan dan sukan golf di Negeri Sembilan itu turut menawarkan pelbagai hadiah menarik serta cabutan bertuah.

Baharudin berkata yuran penyertaan bagi kejohanan ini ialah RM300 bagi setiap peserta dan perlu berdaftar sebelum 7 Dis ini.

- Advertisement -