Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Misbun tidak gusar tentang prestasi pemain pemain remaja negara kerana beliau memiliki perancangan yang rapi untuk memastikan keadaan mereka di tahap ytang optimum.

Sesi latihan yang dijalankan tidak memfokuskan misi untuk melakar kemenangan diantara satu sama lain, tetapi meningkatkan kemahiran asas serta mewujudkan suasana ceria dalam kem latihan.

“Walaupun mereka tidak menyertai mana mana pertandingan samada dua bulan atau tiga bulan, pada saya tidak ada masalah. Modul yang harus kita berikan kepada mereka adalah membuatkan pemain pemain gembira

“Apa yang saya lakukan kepada mereka jika tidak menyertai pertandingan adalah menerapkan modul modul yang boleh bersaing secara antarabangsa. Kita tidak berlatih sesama sendiri kerana hanya untuk menewaskan sesama sendiri tetapi bagaimana untuk membuat sasaran dimana pemain pemain ini memiliki kelebihan ke atas pemain pemain luar negara.

Tambahnya lagi dalam kejohanan Ranking Dalaman Remaja BAM yang memulakan aksi hari ini, beliau tidak melihat pemain kekok atau beraksi dibawah prestasi sebenar dan ia jelas memberi perkhabaran yang positif.

Dalam aksi pembukaan hari ini, Justin Hoh antara pemain pilihan yang menepati ramalan selepas melakar kemenangan dalam aksi pembukaan bagi kumpulan A perseorangan lelaki di kejohanan Ranking Dalaman Remaja ke 2 yang membuka tirai hari ini di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara.

Justin Hoh bagaimanapun kecundang di set pertama sebelum bangkit sekaligus menundukkan Chia Jeng Hon 11-21, 21-11, 21-13.

“Walaupun tidak banyak latihan tetapi bila turun, saya akan berikan 100% untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pertandingan ini.

“Sudah tentu saya mahu kedudukan pertama tetapi saya juga berharap pemain pemain lain dapat memberikan tentangan dan saling berubah kedudukan,”kata Justin Hoh

Mengikuti jejak Justin adalah Eogene Ewe Eon yang menundukkan V Poopathi straight set 23-21, 21-18 sementara Ong Zhen Yi meraih kemenangan dalam aksi pembukaan selepas menundukkan Muhd Fazriq Mohd Razif dalam aksi tiga set, 21-15, 16-21, 21-19.

Kumpulan B pula menyaksikan Anson Cheong menundukkan Lok Hong Quan straight set 21-19, 21-16 sementara Rex Hooi Shao Herng menang ke atas Jan Jireh Lee dalam aksi tiga set 21-13, 10-21, 21-16 manakala Muhd Adam Shaz menundukkan Dylan Ooi 14-21, 22-20, 21-13.

Sementara itu aksi melibatkan perseorangan wanita Kumpulan A menyaksikan Siti Nurshuhaini Azman memulakan aksi pembukaan dengan langkahkanan selepas menang straight set 21-12, 21-19 ke atas Joanne Ng May Ying.

“Kejohanan ini penting untuk semua pemain pemain dan saya juga akan beri focus kepada pertandingan ini kerana ia akan menjadi medan untuk saya menilai kemampuan diri berbanding dengan pemain pemain lain,”kata Siti Nurshuhaini.

Mengekori rapat dibelakangnya, Tan Zhing Yi yang turut mencatat kemenangan selepas menundukkan Loh Zhi Wei dalam aksi tiga set 19-21, 21-14, 21-16. Turut sama meraih kemenangan, Ong Xin Yee yang menundukkan Chan Wen Tse 23-21, 21-16.

Kumpulan B pula memperlihatkan Carmen Ting, Siti Zulaikha Muhd Azmi dan Lim Yi Wei masing masing mencatat kemenangan dalam aksi pembukaan hari ini selepas menewaskan lawan masing masing.

Kejohanan Ranking Dalaman Remaja Kebangsaan ke 2 BAM akan melibatkan dua sesi perlawanan iaitu disebelah pagi dan petang bermula dari 23 hingga 27 Ogos 2021.

keputusan perlawanan

BS (A)
Ong Zhen Yi – Muhammad Fazriq 21-15 16-21 21-19
Eogene Ewe Eon – V Poopathi 23-21 21-18
Justin Hoh – Chia Jeng Hon 11-21 21-11 21-13

BS (B)
Rex Hooi Shao Herng – Jan Jireh Lee 21-13 10-21 21-16
Anson Cheong – Lok Hong Quan 21-19 21-16
Muhammad Adam Shaz – Dylan Ooi 14-21 22-20 21-13

BS (C)
Aaron Tai – Muhammad Faiq 22-24 25-23 23-21
Lee Yen Wei – Kang Khai Xing Walkover
Kong Teck Joon – Yeow Chun Cher 21-14 21-23 21-19

GS (A)
Tan Zhing Yi – Loh Zhi Wei 19-21 21-14 21-16
Ong Xin Yee – Chan Wen Tse 23-21 21-16
Siti Nurshuhaini – Joanne Ng May Yin 21-12 21-19

GS (B)
Siti Zulaikha – Oo Shan Zi 21-18 25-23
Lim Yi Wei – Lai Ting Cen21-18 21-12
Carmen Ting – Adiyna Anuar 21-14 21-15

GS (C)
Tan Zhing Hui – Ng Wen Xi 21-19 21-15
Noraqilah Maisarah – Christine Lam 21-18 24-22
Chong Jie Yu – Yeap Phoi Lin 21-12 21-7

- Advertisement -