Menjelang saingan Kejohanan Golf Piala Eurasia 2018 yang akan berlangsung di kelab golf Glenmarie Shah Alam Jumaat depan, pemain negara, Nicolas Fung menyatakan kesediaannya untuk beraksi sekaligus memenuhi impian Kapten Asia, Arjun Atwal untuk memenangi kejohanan ini.

Fung merupakan pemain yang boleh dilabel sebagai senior dalam pasukan Asia selepas penyertaannya di dua edisi lalu.

Namun, beliau tidak menganggap kejohanan kali ini mudah kerana barisan pemain pemain Eropah yang dipanggil oleh Thomas Bjorn mempunyai kelebihan sendiri.

“Apa yang penting untuk pasukan kami adalah mendapatkan gandingan pemain dengan betul selain saling memberikan motivasi dan semangat diantara satu sama lain.

“Saya berharap untuk digandingkan dengan mana mana pemain yang mampu untuk memukul bola lebih jauh,”kata Nicolas Fung.

Beliau yang sudah sinonim dengan keadaan lapangan di Glenmarie berpendapat, pukulan yang jauh bukan faktor utama untuk mencari kemenangan di Piala Eurasia tahun ini.

Apa yang pasti, Arjun telah memutuskan untuk tidak menggandingkan Nicolas Fung dengan seorang lagi pemain negara yang akan beraksi bagi pasukan Asia, Gavin Kyle Green.

“Saya dan dia (Gavin Kyle Green) tidak akan digandingkan bersama kerana Arjun mahu penonton tempatan khususnya berpecah dan sebahagian daripada mereka mengekori saya manakala sebahagian lagi mengikuti permainan Gavin Kyle Green.

Tambah Fung, beliau lebih memberi penekanan terhadap putting di green dan memastikan bola sentiasa di dalam kawasan fairway sekaligus melakukan catatan yang terbaik.

Pemain kelahiran Korea Selatan Byeonghun An pula tidak mahu dikecewakan kali kedua selepas Eropah melakar kemenangan selesa di dua edisi lalu.

“Kami teruja untuk melakukan sesuatu tahun ini ditambah dengan kehadiran dua pemain muda yang akan mengberikan tentangan sengit kepada pemain Eropah.

“Apa yag penting, saya akan cuba memberikan mata untuk pasukan dan tidak akan memikirkan tentang pemain pemain lain kerana saya tahu mereka akan berikan yang terbaik,” kata Byeonghun An.

Hari pertama, kesemua 24 pemain akan bermain dalam format four balls diikuti foursome pada hari kedua dan single play bagi hari terakhir untuk menentukan siapakah juara Piala Eurasia edisi ketiga.

- Advertisement -