Harimau Malaya terus dirundum malang apabila gagal untuk mencapai keputusan positif selepas tewas di tangan Bahrain 0-2 alam perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Bahrain di Stadium Nasional Bahrain, Riffa, awal pagi tadi.

Ini merupakan kekalahan kedua skuad kendalian Tan Cheng Hoe selepas kecundang 1-4 di tangan Kuwait minggu lalu.

Segalanya tampak menjadi untuk Harimau Malaya yang tampak mengawal perlawanan dengan baik di awal permainan.

ia termasuk percubaan pertahanan, Matt Davies yang berjaya ditangkap kemas penjaga gol Bahrain Syed Shobar Alawi.

Momentum Harimau Malaya terganggu apabila pengadil perlawanan meniup wisel diminit 41 memberikan sepakan penalti kepada Bahrain.

Ia susulan kekasaran Irfan Zakarian di dalam kotak penalti sekaligus memberikan penalti kepada Bahrain. Mehdi Abdul Jaabbar tidak mensia siakan peluang untuk meletakkan Bahrain mendahului 1 gol.

Derita bertambah untuk Tan Cheng Hoe apabila giliran penjaga gol, Farizal Marlias yang gagal mengeluarkan bola sekaligus dimanfaatkan Mohd Jassim Marhoon untuk meletakkan Bahrain selesa mendahului 2-0.

 

 

- Advertisement -