jdt
Anugerah Khas SAM 100PLUS – JDT FC

Penerjun olimpik negara, Pandelela Rinong dipilih sebagai Atlet Terbaik SAM – 100PLUS 2015 dalam Majlis Anugerah SAM – 100PLUS yang berlangsung di sini malam tadi.

Pandelela, 23tahun, menewaskan empat calon lain termasuk jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, pemain skuasy Datuk Nicol Ann David, juara dunia silat Mohd Al-Jufri Jamari dan bintang wusyu, Loh Jack Chang menerusi undian ahli-ahli SAM.

Ini merupakan gelaran ketiga Pandelela yang pernah memenangi anugerah ini pada 2010 dan 2012.

Pandelela yang kini sedang beraksi dikejohanan terjun siri dunia di Windsor, Kanada menyifatkan kemenangan ini sebagai pembakar semangat untuknya terus menjulang nama negara di pentas antarabangsa.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini, dan sudah pasti ianya memberikan suntikan moral yang sangat positif untuk terus beraksi cemerlang dalam setiap kejohanan, dan sudah tentu paling utama di Sukan Olimpik Rio Ogos nanti” katanya yang dihubungi menerusi sidang video pada majlis tersebut.

Pandelela memenangi trofi dan wang tunai RM10,000.00.

Hadiah disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

 

Senarai Penerima Anugerah SAM-100PLUS 2015

Atlet Terbaik – PandelelaRinong (terjun)

 Atlet MudaTerbaik – Goh Jin Wei (badminton)

Persatuan Dinamik – Persekutuan Wushu Malaysia

Anugerah Khas SAM 100PLUS – JDT FC

- Advertisement -