Pemain badminton Para negara, Cheah Liek Hou melangkah ke perlawanan final kelas SU5 selepas menundukkan pemain dari Taiwan, Fang Jen Yu dalam aksi tiga set.

Selepas muncul juara saingan peringkat kumpulan B, Cheah Liek Hou diundi bertemu naib juara kumpulan B, Fang Jen Yu diperingkat separuh akhir.

Pemain negara yang turun dengan status pilihan kedua ini bagaimanapun bergelut untuk mengawal permainan apabila tewas 15-21 di set pertama.

Liek Hou bangkit dengan permainan yang lebih kemas untuk memimpin set kedua apabila melakar kemenangan 21-10 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan untuk memilih siapa yang akan beraksi di penentuan pingat emas dan perak.

Liek Hou ternyata lebih tenang mengawal Jen Yu yang mula bergelut untuk mencari rentak selain semaki kehabisan tenaga apabila dipaksa bergerak ke seluruh gelanggang.

Selepas bertrung selama 51 minit, Cheah Liek Hou mengesah status sebagai pemain yang akan ke final selepas menang 21-16.

Seperti dijangka, Liek Hou akan berdepan pilihan pertama dari Indonesia, Dheva Anrimusthi.

- Advertisement -