Salah seorang daripada pemain pasukan Liga Premier, Kuching FA disahkan positif jangkitan Covid 19.

Menerusi kenyataan pasukan di laman sosial Kuching FA, pemain tersebut merupakan petugas di Hospital Sentosa dan diklasifikasikan dari kluster hospital sentosa  

Pengurusan dan pemain pemain pasukan sentiasa menekankan kepada kepatuhan dengan setiap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan MFL terhadap aktiviti latihan harian.

Susulan daripada kes ini, Kuching FA memutuskan untuk menghentikan kesemua aktiviti latihan dan mengikuti panduan dan arahan daripada pihak berkuasa demi keselamatan pemain pemain dan komuniti setempat.

Kuching FA berada di kedudukan ke 11 liga Premier selepas beraksi empat perlawanan dengan satu mata berjaya diraih sebelum musim 2020 dihentikan pada Mac susulan pandemik Covid 19.

 

 

- Advertisement -