Aksi separuh akhir Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit (JET) 2022 Pusingan Kedua bagi kumpulan A menyaksikan kejutan berlaku dalam saingan perseorangan lelaki bawah 16 tahun.
Pilihan pertama dari Selangor Au Wei Shan gagal melangkah ke final sekaligus mempertahankan kejuaraan untuk kali kedua apabila tewas di peringkat separuh akhir hari ini di Akademi Badminton Perak, Meru.
Wei Shan turun berdepan Yap Chun Sin nyata gagal mempamer aksi yang konsisten apabila banyak melakukan kesilapan mudah ditambah ketenangan lawannya yang mengawal bola sepanjang perlawanan.
Yap Chun Sin mengesahkan kemenangan straight games 21-14, 21-19 dalam masa 40 minit untuk mara ke final.
âPermulaan permainan saya bermain dengan pantas dan kelihatan dia (Au Wei Shan) tiada keyakinan dan banyak melakukan kesilapan. Di set kedua saya kekal tenang dan cuba untuk tidak mematikan bola terlalu awal dan tunggu peluang.
âSaya berlatih untuk ke final dikejohanan ini selepas tewas kepada Shawn di suku akhir pada Pusingan Pertama. Ibarat ini misi balas dendam untuk saya,âkata Yap Chun Sin.
Menanti Chun Sin adalah pemain Selangor, Shawn Hiu yang menang ke atas Jayden Ng Yi Shen (K Lumpur) juga dengan kemenangan straight set 21-18, 21-15.
âSaya banyak lakukan kesilapan tetapi tetap cuba untuk cari mata di ruang ruang terbuka dan bermain dengan pelbagai variasi cara perlawanan.
âKeyakinan untuk menang ke atas Yap Chun Sin memang ada tetapi saya perlu lebih tenang kerana dia laju. Saya perlu pastikan dia mengikuti cara permainan saya esok,âkata Shawn.
Tiada kejutan berlaku dalam aksi separuh akhir perseorangan perempuan bawah 16 tahun, dimana pilihan pertama dari Selangor, Eng Ler Qi selangkah untuk melakar kejuaraan kedua dalam siri JET 2022.
Ler Qi menang ke atas rakan sepasukan, Shan Lee Yu 21-10, 21-13 dalam masa 28 minit.
âSaya bermain dengan lebih aggresif dan keluarkan permainan yang saya ada. Untuk final esok saya akan tetap bermain dengan aggresif dan cuba kekal tenang.
âAda rasa tekanan untuk final tetapi saya perlu pastikan diri saya tenang sepanjang perlawanan esok,âkata Ler Qi
Eng Ler Qi akan berdepan pemain kelahiran Melaka, Shaneesa Shahidi yang menang ke atas pemain Kelantan Yeap Phoi Lin 21-8, 21-18.
Aksi bergu lelaki bawah 16 tahun peringkat separuh akhir yang berlangsung disebelah petang menyaksikan pilihan pertama dari Kelantan, Wan Abdul Latif Hakimi Wan Abdul Khalid â Muhd Dennes Yusnunle gagal melangkah ke final selepas tewas kepada gandingan tuan rumah, Loh Chee Kiat â Rex Ng Man Hei 21-18, 21-18
Chee Kiat â Man Hei akan berdepan rakan sepasukan Fan Jing Xuan â Muhd Al-Imran Jasni yang menundukkan Clarence The Yuan Hong â Lim Xian Yang (Melaka) dengan kemenangan 21-19, 21-17.
Manakala aksi final bergu wanita pula diisi dua bergu Selangor; pilihan pertama, Eng LEr Qi â Shan Lee Yu dengan pilihan kedua, Chow Hui Er â K Reesha.
Ler Qi â Lee Yu menang ke atas rakan sepasukan, Kalishvaran Nilasha â Sheyeon Wong E-Shwen 21-9, 21-4 sementara Hui Er â Reesha menundukkan Hoo Jia Ning â Shaneesha Shahidi (Melaka) 21-18, 22-20
Sementara itu, bagi kategori bawah 14 tahun lelaki, pilihan pertama ditunjukkan jalan keluar di peringkat separuh akhir.
Tia Wei Jie gagal menyaingi kehebatan wakil Melaka, Wan Muhd Darwisy Wan Hadelee apabila tewas 20-22, 20-22
Aksi final esok, Darwisy akan menentang  pilihan kedua, Tiew Yi Cheng (Selangor) yang menang ke atas Liew Jin Xuen (K Lumpur) 21-18, 21-12.
Tiada kejutan berlaku dalam aksi separuh akhir perseorangan perempuan bawah 14 tahun dimana dua pemain pilihan utama dari Kuala Lumpur bakal berentap dipentas final.
Pilihan pertama, Xin Ying Teh tidak berdepan masalah untuk menundukkan rakan sepasukan Weng Yan Lee 21-14, 21-13.
Sementara pilihan kedua, Teoh Sue Mei menang keatas rakan sepasukan, Wong Au Mei dalam aksi tiga set 17-21, 21-6, 21-16.
Kesemua 14 negeri dipecah kepada tiga kumpulan iaitu A, B, dan C. Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.
Bagi 100PLUS JET Pusingan Kedua, negeri Kedah akan menjadi tuan rumah bagi kumpulan C sementara Perak akan menjadi hos bagi aksi melibatkan empat negari yang berada di dalam kumpulan A sementara N Sembilan menjadi hos melibatkan aksi kumpulan B.
Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada negeri Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.
Bagi Pusingan 1, Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .
Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan pertama bagi kumpulan A, B dan C telah berlangsung dari 11 hingga 15 Mei lalu.
Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .
Kejohanan melibatkan kategori bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun lelaki dan wanita.
100PLUS, minuman isotonik nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.
100PLUS juga merupakan penaja utama 100PLUS Jelajah Remaja Elit (Bawah12 Tahun, Bawah14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan Kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS.
100PLUS, yang merupakan penaja perak pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, nyata amat sinonim dengan pembangunan dan sokongan terhadap sukan di negara ini.
KEPUTUSAN PERLAWANAN â SPEARUH AKHIR
Bawah 12 Tahun
Perseorangan lelaki
Khashah Khairul Azlan – Tze Han Wong 21-17 17-21 21-9Â
Murali Desan Vishnu Adittya – Ng Haotong 12-21 26-24 22-20
Perseorangan perempuan
Siti Nor Amina Abdullah – Annabell Gan Tze Zhen 21-14 12-21 22-20Â
Ho Wen Jie – P Anusha 21-11 21-9
Bergu lelaki
Murali Desan Vishnu Adittya – Tze Han Wong lwn Ho Jia Yu – Julius Yeo Ken Hong 21-19 21-17
Ng Haotong – Wong Yin Heng lwn Derrick Leung Jin Wen – Kean Meng Yap 21-17 21-19
Bergu perempuan
Siti Nor Amina Abdullah – Tham Ann Qi Eva lwn Govindarajoo Thanisha – Ho Wen Jie 21-11 21-9Â
Ismanazir Nur Sofia Aliyah – Wong Yin Xuen Kiera lwn Chu Jing Xuan – Khor Hui Qin 21-10, 21-15
Bawah 14 Tahun
Perseorangan lelaki
Wan Muhammad Darwisy Wan Hadelee – Tiew Wei Jie 22-20 22-20
Tiew Yi Cheng – Liew Jin Xuen 21-18 21-12
Perseorangan perempuan
Xin Ying Teh – Weng Yan Lee 21-14 21-13
Sue Mei Teoh – Wong Au Mel 17-21 21-16 21-16
Bergu Lelaki
Tiew Wei Jie – Tiew Yi Cheng lwn Lee Ming Zhou – Liew Jin Xuen 21-18 21-11Â
Muhamad Sahreeezwan Shahidi – Wan Muhammad Darwisy Wan Hadelee lwn Aison Diong Chang Yi – Ong Chin Hang 30-29, 20-22, 21-8
Bergu Perempuan
Chan Zhi Xuan Annabelle – Lim Yew Ern lwn Koh Xin En – Ng Shi Qing 21-11 21-8Â
Wong Au Mel – Xin Ying Teh lwn A Bavaanya Arumugam – E Manissha 21-10 21-17
Bawah 16 Tahun
Perseorangan Lelaki
Yap Chun Sin – Au Wei Shan 21-14 21-19Â
Shawn Hiu – Yi Shen Jayden Ng 21-18 21-15
Perseorangan Perempuan
Eng Ler Qi – Shan Lee Yu 21-10 21-13Â
Shaneesa Shahidi – Yeap Phoi Lin 21-8 21-18
Bergu Lelaki
Loh Chee Kiat – Rex Ng Man Hei LWN Wan Abdul Latif Hakimi Wan Abdul Khalid – Yusnunle Muhamad Dennes 21-18 21-18
Fan Jing Xuan – Muhd Al-Imran Jasni LWN Clarence Teh Yuan Hong – Lim Xian Yang 21-19, 21-17
Bergu Perempuan
Eng Ler Qi – Shan Lee Yu LWN Kalishvaran Nilasha – Wong E-Shwen Sheyeon 21-9 21-4Â
Chow Hui Er – Kumaresan Reesha LWN Ho Jia Ning – Shaneesa Shahidi 21-18 22-20