Walaupun dilanda pandemik COVID-19 yang disifatkan semakin mencabar baru-baru ini, Liga AEON Credit Purple League Junior 2020 masih berjaya mengecapi kejayaan sebagai tuan rumah bagi saingan Zon 1 di Port Dickson.

Liga dua hari itu berjaya menarik penyertaan sembilan pasukan dari seluruh negara yang turun ke pekan Port Dickson di Negeri Sembilan untuk mempamerkan bakat masing-masing, sekaligus merancakkan lagi saingan junior tersebut.

Dan pada penghujung dua hari perlawanan yang menyaksikan kemunculan dan kehebatan beberapa pemain yang menjanjikan, empat pasukan telah memperkukuhkan kedudukan mereka apabila berjaya menempah tempat ke Grand Final.

Berikutan penularan wabak koronavirus, penganjur liga telah akur terhadap rangka SOP (Prosedur Operasi Standard) yang telah ditetapkan, di mana selain daripada pembasmian kuman sebanyak tiga kali sehari di kawasan perlawanan, langkah berjaga-jaga yang lain telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan setiap pemain, penganjur dan pengunjung.

Antaranya pengambilan suhu badan di setiap pintu masuk, menitikberatkan garis panduan penjarakkan sosial, mengehadkan bilangan orang di kawasan gelanggang, wajib menggunakan topeng dengan pengecualian pemain yang turun ke gelanggang manakala kakitangan juga dikehendaki menggunakan pelindung muka dan sarung tangan.

Walau bagaimanapun, hakikatnya masih kekal bahawa COVID-19 yang telah mencecah gelombang ketiga di negara ini telah memaksa penganjur untuk menjadualkan semula tarikh perlawanan liga di Zon yang seterusnya.

Selepas perbincangan kami dengan BAM dan penaja kami, kami dinasihatkan untuk menangguhkan kejohanan ini ke satu tarikh yang akan dating, dan akan memberitahu media nanti.

Sekiranya tiada lagi punca kebimbangan, tarikh di atas akan kekal. Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan tidak memberangsangkan, kami akan memaklumkan kepada semua pihak dengan segera mengenai sebarang perubahan, jika ada. Walaupun terkesan dengan pandemik COVIC-19, kami amat berterima kasih ke atas sokongan rakan kongsi kami BAM dan akan tetap teguh dan sentiasa mengamalkan komunikasi rapat  dengan mereka bagi berkongsi maklumat dan menentukan tindakan susulan yang terbaik.

Walaupun kami amat bersemangat dan teruja untuk meneruskan kejohanan ini, situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah menyebabkan penangguhan sementara bukan sahaja kepada Liga AEON Credit Purple League Junior 2020 tetapi juga keseluruhan kalendar Liga 2020.

Sekali lagi, kami ingin memberi jaminan bahawa kesihatan pemain-pemain kekal sebagai keutamaan dalam semua usaha kami.

- Advertisement -