Peral FC berdepan kemungkinan ‘diserang’ oleh dua pemain import mereka, Leandro Dos Santos dan Rainderson Da Costa.

Laporan media mengesahkan kedua dua pemain import ini tidak lagi bersama The Bos Gaurus selepas memutuskan untuk ‘angkat kaki’ meninggalkan pasukan itu.

Kisah ini bagaimanapun belum tamat apabila kedua dua pemain ini dilaporkan menunggu keputusan daripada wakil peguam yang berada di United Kingdom untuk menguruskan kes saman kepada Perak FC susulan tunggakan gaji yang gagal dilunaskan pengurusan.

Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh menjelaskan, rundingan telah diadakan, namun ia ditolak kerana isu tunggakan gaji yang masih belum menunjukkan sebarang tanda tanda ia akan berakhir.

Kenyataan daripada Ketua Jurulatih Perak FC, Leandro dan Rainderson pada 26 Julai lalu telah menghantar surat penamatan kontrak bersama pasukan itu.

Tidak cukup dengan situasi parah yang sedang melanda, Perak FC juga gagal untuk menyelesaikan dokumen pendaftaran tiga pemain, Azhar Apandi, Mohd Syamin Baharuddin dan Mohd Aizzat Maidin Koty kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekaligus tidak dapat beraksi sehingga akhir musim.

 

- Advertisement -